Sampah Tsunami Jepun 2011 Penuhi Pantai Alaska

Offline
08-09-2015, 05:04 PM,
#1
resim
resim
Sampah sarap yang ditemui memenuhi tongkang bersaiz padang bola yang berlayar dari Alaska ke Seattle.

JUNEAU, Alaska: Ratusan tan serpihan marin dikumpul sepanjang pesisir pantai Alaska dan British Columbia menerusi penganjuran program pembersihan yang pertama seumpamanya.

Sebuah tongkang dilihat penuh dengan muatan beg, timbunan pembungkus makanan, botol, alatan memancing, ribuan boya, pelampung dan serpihan lain tiba di Seattle pada Khamis lalu selepas mengangkut muatan pertama di Kodiak, Alaska.

Sebahagian serpihan itu dipercayai dipukul ombak semasa kejadian tsunami pada 2011 di Jepun yang mengorbankan ribuan nyawa.

Bagaimanapun serpihan marin secara umumnya termasuk sampah seperti plastik dan pukat dilihat sebagai masalah alam sekitar yang berterusan.

Di Seattle, sukarelawan mula memunggah timbunan muatan itu dan mengasingkannya untuk tujuan kitar semula, malahan ada yang dibawa ke pusat perlupusan di Oregon.

Proses ini dijangka mengambil masa sehingga bulan depan, menurut Koordinator Serpihan Marin Tsunami, Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar Alaska, Janna Stewart.

"Selepas melalui perjalanan jauh, akhirnya tongkang ini tiba dan proses memunggahkan muatan dapat dimulakan dengan bantuan helikopter," katanya.

Sementara itu, Presiden Gulf of Alaska Keeper, Chris Pallister berharap sukarelawan dari Jepun dapat tampil untuk membantu mengenal pasti barangan dari negara itu supaya ia dapat dipulangkan ke tempat asal. - MStar

Possibly Related Threads...
Terkini: Tsunami 3 Meter Landa Pantai Jepun Susulan Gempa 7.4 Magnitud
Banjir Besar Di Jepun: 82 Beg Berisi Bahan Radioaktif Dihanyut
Negeri Pantai Barat Semenanjung Diramal Hanya Alami Banjir Kilat
Penduduk Tanjong Tokong Paling Terkesan Tsunami
Ribut Salji Di Jepun, 
300 Penerbangan Dibatal
48 Maut Ekoran Letusan Gunung Berapi Jepun
30 Orang Dipercayai Mati Akibat Letusan Gunung Berapi Di Jepun
Rangka Manusia Bencana Tsunami 2004 Ditemui
Video : 1 April Tsunami Bergerak Melalui Laut Pasifik
Jepun Dilanda Gempa Bumi 6.3 Skala Richter Pulau Awaji Bandar Kobe



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 498
Sampah Tsunami Jepun 2011 Penuhi Pantai Alaska
sukawg
97576
Forum Jump: