Samseng Kayu Hoki, Polis Cari [metrotv]

Offline
12-18-2017, 08:02 PM,
#1
resim


POLIS sedang mengesan lelaki yang dipercayai mengugut seorang pemandu menggunakan kayu hoki di Bulatan Taman Berkeley, Klang, kira-kira 1 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, ketika kejadian, mangsa yang berusia 37 tahun sedang memandu Toyota Estima sebelum sebuah kereta Proton Wira tiba-tiba keluar dari arah kiri di laluan berkenaan.

“Tindakan pemandu Proton Wira itu menyebabkan mangsa menghentikan kenderaannya untuk memberi laluan.

“Kemudian lelaki itu turun dari keretanya dengan membawa kayu hoki dan memarahi mangsa. Malah, lelaki itu turut dikatakan seperti mahu memukul mangsa,” katanya.
Mazelan berkata, kejadian itu turut dirakam kamera dashcam pada kenderaan mangsa.

“Justeru, lelaki berkenaan diminta tampil di balai polis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Video kejadian itu tular di Facebook (FB) selepas dipercayai dimuat naik oleh mangsa, semalam.

Dalam video berdurasi 1 minit 30 saat itu, lelaki berkenaan keluar dari arah kiri sebelum keretanya berhenti di depan kenderaan mangsa.

Lelaki itu kemudian keluar dari keretanya sambil membawa kayu hoki dan memarahi mangsa.

Lelaki itu turut dilihat seolah-olah mengugut mencederakan mangsa kerana dipercayai tidak puas hati dengan mangsa yang dikatakan menghalang laluannya.

Malah, di hujung video itu, lelaki berkenaan masih memarahi mangsa.

Possibly Related Threads...
Cikgu Atau Polis? Ujian Dna Akan Tentukan Siapa Pemilik Tiket Loteri Rm3.7 Juta
Gadis Viral Dilarikan Lelaki Menyamar Polis Sudah Balik Rumah
Viral Kereta Polis Kena Clamp Tayar Di Putrajaya
Cari Pondan Belasah 'pak Guard'
Suspek Tikam, Gilis Direman Seminggu [metrotv]
Samseng Jalanan Hayun Kayu Hoki Dipenjara, Denda Rm6,000
Bersatu Buat Laporan Polis Kehilangan Rm161 Bilion
Isteri Ketua Polis Negara Meninggal Dunia
Fitnah Sokong Israel, Mcdonalds Malaysia Buat Laporan Polis
Satu Keluarga Ditahan Polis Kerana Anak Sebut Allah, Boom Dalam Kelas



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 37
Samseng Kayu Hoki, Polis Cari [metrotv]
Reez Ramsey
114492
Forum Jump: