Samsung Jamin Galaxy S8 Selamat

Offline
04-13-2017, 05:29 PM,
#1
 
resim
PRA-tempahan bagi telefon pintar Galaxy S8 keluaran Samsung Electronics Co Ltd mengatasi model terdahulu, S7. - Foto AFP

SEOUL: Pra-tempahan bagi telefon pintar Galaxy S8 keluaran Samsung Electronics Co Ltd mengatasi model terdahulu, S7, kata Ketua Mudah Alih Samsung, Koh Dong-jin.

Katanya, ia sekali gus menunjukkan ramai pengguna tidak terpengaruh dengan masalah telefon pintar Galaxy Note 7 yang sering terbakar tahun lalu.

Katanya, permintaan awal yang kukuh bagi S8 adalah menggalakkan bagi sebuah firma yang baru pulih daripada masalah kegagalan keselamatan produk terburuk dalam sejarah teknologi.

Masalah itu membawa kepada penamatan segera pengeluaran Note 7.

Telefon pintar baharu itu menerima reviu menggalakkan menjelang penjualannya di Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada pada 21 April ini.

Beberapa pelabur dan penganalisis sudah pun mengunjurkan rekod jualan bagi syarikat Korea Selatan itu.

"Masih terlalu awal, namun maklum balas awal kepada pra-tempahan yang sudah bermula di beberapa tempat seluruh dunia adalah lebih baik daripada jangkaan," katanya dalam satu taklimat media.

Beliau berkata, Galaxy S8 adalah telefon pintar Galaxy paling selamat setakat ini, berikutan pelbagai langkah yang diambil bagi mengelakkan kegagalan bateri yang menyebabkan beberapa unit telefon Note 7 secara tiba-tiba meletup.

Penganalisis berkata, jualan Galaxy S8 yang kukuh dijangka membantu Samsung mencatatkan keuntungan suku tahunan terbaiknya bagi tempoh April-Jun, selain pasaran cip memori yang dijangka menjana pendapatan tertinggi tahun ini bagi industri keseluruhannya. - Reuters/BHarian

Possibly Related Threads...
Samsung Galaxy S8 Kalahkan Iphone 8
Samsung Perkenal Galaxy S8, S8 Plus Warna Biru Laut Rm3,699
Galaxy S8, S8 Plus Di Pasaran Seluruh Negara Mulai Esok
Samsung Jual Semula Note 7 Yang Diubah Suai
Rekaan Bateri Punca Note 7 Meletup, Kata Samsung
Rekaan Bateri Punca Note 7 Meletup, Kata Samsung
Samsung Perkenalkan Ciri-ciri Terbaharu Untuk Galaxy S7 Edge.
Samsung Umum Keputusan Siasatan Note 7 Meletup Bulan Ini
Garis Panduan Pelanggan Samsung Galaxy Note 7
Kes Pertama Samsung Note 7 Meletup Di Malaysia?



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 185
Samsung Jamin Galaxy S8 Selamat
sukawg
109438
Forum Jump: