Sanggup Bedah Ubah Garisan Tapak Tangan Untuk Ubah Nasib

Offline
10-03-2015, 07:26 AM,
#1
resim
resim

Seoul: Segelintir golongan muda yang mencari pekerjaan sanggup melakukan pembedahan plastik bukan saja untuk mencantikkan wajah yang dianggap mampu meningkatkan peluang dengan bakal majikan, namun juga mengubah garisan pada tapak tangan kerana dipercayai boleh mengubah nasib mereka.

Selain prosedur kecil mengelar tapak tangan bagi mengubah posisi garisan semula jadi, ada antara golongan itu mendapatkan suntikan Botox ke peti suara supaya melontarkan nada yang dianggap lebih meyakinkan, selain ‘mengangkat’ bahagian hujung bibir supaya nampak tersenyum.

Lazimnya terdapat empat garisan pada tangan yang dipercayai memainkan peranan dalam tuah seseorang dan salah satu daripadanya dipercayai mempengaruhi takdir serta nasib.

Laman web sebuah klinik yang mempunyai kepakaran dalam pembedahan garisan tangan menawarkan khidmat itu bagi mereka yang sudah mendapat pandangan tukang tilik atau membuat pengiraan bagi pihak mereka.

Mengukir satu garisan menelan belanja 800,000 won (RM2,900) dengan setiap garisan tambahan bernilai 200,000 won (RM748).

Rawatan Botox pada peti suara pula memakan kos 750,000 won (RM2,800) termasuk rundingan dengan suntikan saja bernilai 300,000 won (RM1,100).

Mengulas isu itu seorang profesor psikologi yang enggan dinamakan berkata: “Sebenarnya usaha mereka yang mencari kerja menggunakan pembedahan plastik seperti ini sia-sia. Tetapi kasihan kerana mereka begitu terdesak.” - Agensi/Metro

Possibly Related Threads...
Tunafoto Adalah Maksud Untuk Photobomb, Kata Dewan Bahasa & Pustaka
Cikgu-cikgu Kurang Pandai Dipecat, Gagal Peperiksaan Untuk Murid 6 Tahun
Pencuri Pun Makin Canggih, Paksa Imbas Kod Qr Untuk Tuntut Bayaran
Polis Pegang Tangan, Gadis Instagram Nafi Itu Dirinya
Anggota Polis Dakwa Mahu Tolak Tangan, Bukan Pegang-pegang
Pemandu Teksi Ditahan Caj Rm950 Untuk Perjalanan 10km
Ular Sawa Kena Goreng Untuk Dimakan Lepas Gigit Seorang Penduduk
Ibu Ditahan Tinggalkan 4 Anak Untuk Pergi Melancong
Malang Nasib Penceroboh Tersangkut Pada Grill Pintu
Warga Emas Sanggup Redah Banjir Demi Kucingnya, Oye



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 473
Sanggup Bedah Ubah Garisan Tapak Tangan Untuk Ubah Nasib
sukawg
98684
Forum Jump: