Sanggup Belanja Rm1,000 Demi Hobi Kumpul Sampul Duit Raya

Offline
08-28-2017, 12:54 PM,
#1
resim
Mohd Nasir (duduk) bersama ahli-ahli KPSDR menunjukkan sebahagian koleksi sampul duit raya.

JOHOR BAHRU - Kerana hobi dan minat yang mendalam, seorang pegawai sistem maklumat sanggup berbelanja demi mendapatkan koleksi sampul duit raya yang jarang ditemui dan mempunyai nilai tersendiri.

Mohd Nasir Mohd Daud, 42, berkata, dia mula mengumpul sampul duit raya sejak 1986 ketika berada dalam tahun lima kerana tertarik dengan reka bentuk setiap sampul.

“Pada mulanya saya mengumpul setem dan tiket bas ekspres, kemudian saya mula mengumpul sampul duit raya sebagai koleksi terbaharu dan kini saya mempunyai kira-kira 3,500 sampul duit raya dengan corak berlainan.

“Saya pernah membeli set lima keping sampul duit raya Aidilfitri dengan harga RM150 kerana ia memang sukar ditemui tambahan pula corak pada sampulnya agak unik. Setakat ini saya sudah berbelanja kira-kira RM1,000 untuk mendapatkan sampul yang sukar diperoleh,” katanya ketika ditemui pada majlis perjumpaan bersama ahli Kelab Pengumpul Sampul Duit Raya (KPSDR) di sini, kelmarin.

Katanya, minatnya itu turut menemukan dia dengan beberapa pengumpul yang lain sehingga tertubuhnya KPSDR pada tahun lalu dengan jumlah ahli seramai 163 orang dari seluruh negara.

“Saya tidak sangka sebenarnya ramai yang berkongsi minat sama seperti saya malah ada yang sudah mengumpul sehingga 10,000 keping sampul duit raya.

“Ada yang mengumpul mengikut perayaan Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali. ada juga yang mengumpul mengikut tahun. Ada juga yang hanya memilih sampul tertentu sebagai koleksi misalnya sampul daripada artis, pemimpin, keluaran khas, automotif atau mengikut corak tertentu,” katanya.

Mohd Nasir yang juga Pengerusi KPSDR berkata, mereka turut berkongsi koleksi-koleksi yang dikumpulkan bersama orang ramai menerusi laman Facebook Hobi Sampul Duit Raya.

Menurutnya, minatnya itu turut dikongsi bersama isteri dan tiga anaknya yang sama-sama membantunya menambah koleksi sekiranya mempunyai sampul yang unik dan menarik.

“Tahun ini saya berjaya mengumpul hampir 600 sampul duit raya. Malah ada juga rakan-rakan yang memberikan sampul duit raya kepada saya kerana mereka tahu hobi saya.

“Walaupun ia nampak remeh bagi sesetengah orang tetapi bagi saya ia dapat mengimbau nostalgia malah banyak sampul yang dikeluarkan syarikat-syarikat terdahulu tetapi kini sudah tidak wujud atau berubah terutamanya syarikat perbankan,” katanya.

Katanya, antara koleksi terbaik yang dikumpulkan menerusi kelab itu termasuk sampul daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. - Sinar

Possibly Related Threads...
Berhabis Rm80,000 Kumpul Koleksi Kasut Rare Jenama Aliph
Terkejut Telur Ayam Sebesar Duit 5 Sen
Ingat Rossalinda?demi Kelihatan Seksi,rossalinda Patahkan Tulang Rusuknya Sendiri
Kejadian Sebuah Bas Ekspres Bertembung Dengan Sebuah Helikopter Di Lebuh Raya Utara S
Kisah Dua Ekor Pocong Di Lebuh Raya Pantai Timur.
Bukti Video Tarik Duit Memang Wujud
Duit Kertas Baru $100 Dan $10 Tanda Nyc Bom Nuklear ? (8 gambar video)
Jalan Raya Dilengkapi 60 Kamera Cctv.
Demi Rakyat Kerajaan Negara China Tembak Mati Perasuah.
Gambar Aksi Berani Mati Yang Tak Sanggup Anda Buat.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 155
Sanggup Belanja Rm1,000 Demi Hobi Kumpul Sampul Duit Raya
sukawg
112232
Forum Jump: