Sangka Sampah Tersangkut Bumper, Rupanya Seret Anak Sendiri

Offline
02-15-2018, 01:28 AM,
#1
resim
KESAN seretan pada jalan mengakibatkan mangsa (gambar kecil) maut dalam kejadian di Taman Rinting, Masai, Pasir Gudang, semalam.

WANITA berdepan detik memilukan apabila anak lelakinya berusia tiga tahun maut selepas diseret secara tidak sengaja kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya sejauh lebih 10 meter di Taman Rinting, Masai, Pasir Gudang, semalam.

Rakan keluarga itu yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku pada 12.30 tengah hari apabila wanita terbabit mahu keluar berniaga makanan ringan berhampiran sebuah sekolah.

Menurutnya, ibu mangsa berusia 30-an menyangka anak bongsu daripada lima beradik itu berada di dalam rumah.

"Ibu mangsa yang memandu Perodua Alza hanya menyedari kejadian selepas memandu sejauh beberapa meter ke hadapan.

"Apabila ibu mangsa turun dari kenderaan kerana menyangka terdapat objek yang tersangkut, dia terkejut mendapati anak bongsunya berada di bawah ‘bumper’ hadapan.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Penawar Pasir Gudang, namun gagal diselamatkan.

"Ibu mangsa begitu sedih dengan apa yang berlaku, dan sebagai wanita serta rakan saya dapat merasakan perasaan pilu dan trauma dialaminya," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa berkata, dia menyangka kenderaannya menyeret sampah yang tersangkut di bahagian bumper.

Bagaimanapun, katanya, dia terkejut mendapati anaknya berada di bawah bumper dalam keadaan tidak bermaya.

"Saya masih keliru dengan apa yang berlaku kerana ketika keluar rumah, anak masih di dalam rumah," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), petang tadi apabila ibu mangsa turut membawa bekalan susu yang biasa dibancuh untuk mangsa.

Malah, beberapa kenalan keluarga mangsa juga hadir bagi memberi sokongan moral kepada ibu mangsa supaya tabah menghadapi dugaan berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam Deputi Superintendan Norazam Shaari mengesahkan kejadian berkenaan.

"Ketika ibu mangsa memandu keluar dari rumah, dia merasakan sesuatu berada di bawah bumper kenderaannya.

"Apabila wanita berkenaan turun dari kenderaan, dia mendapati anak bongsu berada di bawah bumper hadapan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Penawar Pasir Gudang untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi. - Metro

Possibly Related Threads...
Anak Disambar Api Gara-gara Ibu Guna Petrol Mahu Bakar Ikan
Curi Iphone Cikgu: Keluarga Mahu Tengok Sendiri Cctv
Idam Sepupu, Pemuda Tikam Pakcik Sendiri Kerana Tolak Pinangan
Rambut Tersangkut Tayar Go Kart Hingga Tercabut Kulit Kepala
Langgar Penunggang Motosikal Hingga Maut, Rupanya Bapa Sendiri
Isteri Mati Dibunuh Suami Sendiri Kerana Cemburu Di Sarawak
Berang Anak Menangis, Ibu Kelar Bayi Sendiri Guna Sabit
Isteri Ditemui Mati Dibunuh, Rupanya Dikelar Suami Sendiri
Pemandu Mercedes Seret Mayat Gadis 500 Meter Di Kajang
Anak Mati Kesejukan Di Luar Rumah Lepas Bapa Tertidur
Offline
02-15-2018, 10:56 AM,
#2
Anak 3 tahun maut diseret kereta ibu

resim

PASIR GUDANG: Kepiluan seorang ibu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila kereta yang dipandunya secara tidak sengaja menyeret anak lelaki bongsunya yang berusia tiga tahun hingga mengakibatkan kanak-kakak berkenaan maut di Jalan Ketapang, Taman Rinting, Masai di sini.



Rakan keluarga itu yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari, apabila kereta yang dipandu wanita itu bergerak dari rumah keluarga untuk berniaga makanan ringan berhampiran sebuah sekolah.

Menurutnya, ibu mangsa berusia 30-an menjangka anak bongsunya daripada lima beradik berada di dalam rumah.

Katanya, ketika kejadian bapa mangsa turut berada di rumah.

"Ibu mangsa yang memandu PERODUA Alza hanya menyedari kejadian selepas memandu lebih 10 meter ke hadapan.

"Apabila ibu mangsa turun dari kenderaan kerana menjangka terdapat objek yang tersangkut, dia terkejut mendapati anak bongsu berada di bawah bumper hadapan.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Penawar Pasir Gudang, namun amat menyayatkan hati apabila anaknya itu tidak dapat diselamatkan.

"Ibu mangsa pilu dengan apa yang berlaku dan sebagai wanita dan rakan wanita berkenaan saya dapat merasakan perasaan kepiluan dan trauma dialaminya," katanya.

Sementara itu, ibu mangsa berkata, dia pada awalnya menjangka kenderaannya menyeret sampah yang tersangkut di bahagian bumper.

Menurutnya, dia terkejut mendapati anaknya berada di bawah bumper dalam keadaan tidak bermaya.

"Saya masih keliru dengan apa yang berlaku kerana ketika keluar, anak masih di dalam kawasan rumah," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) pada petang tadi apabila ibu mangsa turut membawa bekalan susu yang biasa dibancuh untuk mangsa.

Malah beberapa kenalan keluarga mangsa juga hadir ke Jabatan Forensik bagi memberi sokongan moral kepada ibu mangsa supaya tabah menghadapi dugaan berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Norazam Shaari mengesahkan kejadian berkenaan.

"Ketika ibu mangsa memandu bergerak dari rumah, dia merasakan sesuatu berada di bawah bumper kenderaannya.

"Apabila wanita berkenaan turun dari kenderaan mendapati anak bongsu berada di bawah bumper hadapan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Penawar Pasir Gudang untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi. - BHarian



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 1 <<>> Dilihat: 37
Sangka Sampah Tersangkut Bumper, Rupanya Seret Anak Sendiri
sukawg
115917
Forum Jump: