Sangkar Pecah, Penduduk Tak Lepas Peluang Kail Ikan Terlepas

Offline
11-13-2017, 07:31 AM,
#1
Sangkar ikan pecah, kerugian berjuta ringgit


resim
BEGINILAH kesan kerosakan pada kawasan sangkar ikan di Pulau Aman dalam kejadian ribut pada Ahad lalu menyebabkan pemiliknya kerugian jutaan ringgit.

SEBERANG PERAI – Kira-kira 30 pemilik sangkar ikan di sekitar Pulau Aman dekat Batu Kawan di sini kerugian jutaan ringgit apabila sangkar-sangkar ikan milik mereka pecah akibat kejadian ribut Ahad lalu.

Ribut selama dua jam bermula pukul 2 pagi itu disusuli hujan lebat lebih 15 jam yang turut menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir kilat.

Antara ikan-ikan yang terlepas ialah bawal emas dan merah, jenahak serta kerapu.

Biarpun hampir seminggu berlalu, namun hampir kesemua sangkar yang terjejas belum dibaik pulih kerana ia memerlukan kos yang besar.

Kesan kerosakan juga masih boleh dilihat apabila ada struktur sangkar yang hanyut sehingga ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Jeti Batu Musang di Batu Kawan sejauh 15 kilometer.

Seorang pekerja di sebuah sangkar ikan, Yahya Ibrahim, 42, berkata, kejadian itu merupakan yang terburuk sejak 15 tahun lalu.

Katanya, kawasan tersebut jarang dilanda ribut kerana kedudukannya yang terlindung di Selat Pulau Pinang.

“Memang pernah berlaku kejadian ribut tetapi tidak melibatkan kerosakan.

“Malangnya kejadian Ahad lalu lebih teruk lagi berbanding ketika tsunami pada 2004,” katanya. - Kosmo


resim
resim
resim
resim

Possibly Related Threads...
Penduduk Berpesta Tangkap Ikan, Udang Galah ' Mabuk'
Penduduk Pecahkan Kubur Lepas Dengar Jeritan, Temui Kesan Mayat Cuba Keluar
Bayi Ditahan Selama 5 Bulan Dibebas Lepas Ibu Bayar Bil Hospital
Robin Hood Moden, Rompak Klinik, Culik Jururawat Untuk Suntik Vaksin Penduduk Miskin
Pecah Digilis Kereta Ketika Selfie, Jokowi Gantikan Telefon Pelajar
Lelaki Thai Bunuh Diri Lepas Tiket Loteri Menang Rm5 Juta Hilang
Budak Jumpa Fosil Ikan Berusia 90 Juta Tahun
Penduduk Terkejut Jalan Sepanjang 800 Meter Hilang, Rupanya Kena Curi
Pasangan Kekasih Bakal Berkahwin Lepas Terpisah 72 Tahun
Penunggang Motor Besar Belasah Pengawal Lepas Terlanggar Palang



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 76
Sangkar Pecah, Penduduk Tak Lepas Peluang Kail Ikan Terlepas
sukawg
113611
Forum Jump: