Sarawak Bincang Cadangan Hukuman Kasi Perogol

Offline
09-10-2017, 11:43 PM,
#1
resim

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Sarawak sedang mempertimbangkan cadangan hukuman mengasi perogol, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Masyarakat, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Mesyuarat peringkat tertinggi mengenai perkara itu akan diadakan esok.

Menurut Fatimah, cadangan itu mendapat sokongan daripada rakyat yang prihatin terhadap peningkatan kes-kes sumbang mahram.

“Kami akan meneliti cadangan ini pada majlis wanita dan keluarga negeri yang akan diadakan esok,” kata beliau kepada pemberita di Kuching hari ini.

Dipetik Malay Mail Online, Fatimah berkata, mesyuarat itu akan turut dihadiri wakil polis, pertubuhan bukan kerajaan dan jabatan perubatan.

Fatimah bersetuju cadangan itu akan melibatkan pindaan pada Kanun Keseksaan, yang pada masa ini tidak menyediakan peruntukan hukuman mengasi ke atas pesalah kes rogol.

“Sepertinya terdapat lebih banyak kes sumbang mahram yang dilaporkan tahun ini berbanding tahun lepas,” kata beliau.

Beliau menambah terdapat lebih banyak kes yang tidak dilaporkan kerana kegagalan mangsa atau saudara terdekat untuk membuat laporan dengan polis disebabkan pelbagai sebab.

Fatimah berkata kementeriannya akan mendapatkan jumlah terkini kes sumbang mahram daripada pihak polis pada mesyuarat esok. - FMT

Possibly Related Threads...
Ibu Didakwa Lacurkan Anak Gadis Sendiri Di Sarawak
Cikgu Di Sarawak Ditahan Perkosa Pelajar Sendiri Dalam Kereta
Bapa Ratah Anak Setiap Malam Dipenjara 480 Tahun Di Sarawak
Bapa Ratah Anak Sendiri Di Sarawak Direman 7 Hari
Bapa Ditahan Perkosa Anak Sendiri Di Sarawak
2 Beradik Diperkosa Bapa, Datuk, 2 Pakcik Di Sarawak
Cikgu Liwat Pelajar 50 Kali Di Sarawak Didakwa Di Mahkamah
Cikgu Ditahan Liwat Pelajar Lebih 50 Kali Di Sarawak
Pasangan Gay Dicekup Khalwat Sudah Jalani Hukuman Sebat
Bekas Polis Kanada Beri Amaran, Perogol Bakal Dihantar Pulang Belum Berubah
Offline
09-11-2017, 12:30 AM,
#2
resim

PETALING JAYA: Kerajaan negeri Sarawak sedang mempertimbangkan cadangan hukuman mengasi perogol, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Masyarakat, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Mesyuarat peringkat tertinggi mengenai perkara itu akan diadakan esok.

Menurut Fatimah, cadangan itu mendapat sokongan daripada rakyat yang prihatin terhadap peningkatan kes-kes sumbang mahram.

“Kami akan meneliti cadangan ini pada majlis wanita dan keluarga negeri yang akan diadakan esok,” kata beliau kepada pemberita di Kuching hari ini.

Dipetik Malay Mail Online, Fatimah berkata, mesyuarat itu akan turut dihadiri wakil polis, pertubuhan bukan kerajaan dan jabatan perubatan.

Fatimah bersetuju cadangan itu akan melibatkan pindaan pada Kanun Keseksaan, yang pada masa ini tidak menyediakan peruntukan hukuman mengasi ke atas pesalah kes rogol.

“Sepertinya terdapat lebih banyak kes sumbang mahram yang dilaporkan tahun ini berbanding tahun lepas,” kata beliau.

Beliau menambah terdapat lebih banyak kes yang tidak dilaporkan kerana kegagalan mangsa atau saudara terdekat untuk membuat laporan dengan polis disebabkan pelbagai sebab.

Fatimah berkata kementeriannya akan mendapatkan jumlah terkini kes sumbang mahram daripada pihak polis pada mesyuarat esok. - FMT



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 1 <<>> Dilihat: 279
Sarawak Bincang Cadangan Hukuman Kasi Perogol
sukawg
112431
Forum Jump: