Saya Sanggup Mati Lawan Sindiket Judi - Datuk Nadzim Ppim

Offline
10-20-2017, 11:24 PM,
#1


resim

Mendakwa Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) diancam sindiket perjudian ekoran pendedahannya berhubung kegiatan mereka, ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata beliau sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri bagi melawan sindiket itu.



Nadzim mendakwa menerima maklumat yang sindiket perjudian besar di negara ini "mahu mengajar PPIM".

"Sebenarnya ancaman ini dari dulu lagi, nak hantar pelurulah. Cuma sekarang kita dapat tahu melalui beberapa pihak yang kumpulan sindiket perjudian ini telah bermesyuarat dan mereka sangat marah dengan kita.

"Lima, enam hari lepas mereka berjumpa sekitar Selangor dan Perak dan beritahu 'nak ajar PPIM'," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Namun beliau berkata tidak gentar dengan ancaman itu dan malah bersedia mempertaruhkan nyawanya sendiri.

"Kita bukan takut, tak ada apa yang nak ditakutkan sebab paling (teruk) pun mati sahaja. Tak ada masalah," katanya.

Nadzim sebelum ini banyak membangkitkan isu ini. Pada 16 Oktober lalu, Utusan Malaysia melaporkan dakwaannya berhubung pemilik rangkaian perjudian yang bernama 'Alex' yang merasuah penguatkuasa sehingga RM15 juta sebulan untuk menjalankan kegiatan haramnya.

Pada 19 Oktober lalu, Utusan Malaysia sekali lagi melaporkan dakwaannya berhubung kewujudan sembilan ketua yang bergelar 'dragon' yang menjadi dalang bagi kegiatan haram termasuk perjudian haram.

Menurut laporan itu, kumpulan tersebut mengutip RM5 bilion sebulan hasil pusat perjudian, dan mempunyai kuasa menukar penguatkuasa yang dilihat menggugat mereka.

Ekoran dakwaan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa PPIM mengemukakan bukti bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Namun ketika ditanya, Nadzim berkata beliau belum membuat laporan kepada polis, namun yakin dengan penguatkuasaan undang-undang di negara ini.

"Kita ada undang-undang dan atas kesungguhan kepimpinan baru polis kini kita yakin akan perkara-perkara yang melibatkan keselamatan kita," katanya.

Katanya lagi, inilah masa terbaik untuk pihak berkuasa membanteras sindiket perjudian ini apatah lagi rakyat amat prihatin dengan perkara ini.

"Apa yang diharapkan adalah sokongan semua pihak. Ini juga peluang terbaik untuk rakyat berkongsi apa jua maklumat. Kebelakangan ini pun polis telah mula bertindak dan banyak premis judi ditutup," katanya lagi. - MKini

Possibly Related Threads...
Lelaki Pakai Kostum Pengebom Berani Mati Didenda Rm400
Datuk Seri Anwar Dibedah Hari Ini
Pemandu Savvy Ditahan Lawan Arus Di Lpt
Lelaki Pakai Kostum Pengebom Berani Mati Serah Diri
Rakaman Honda City Dipandu Lawan Arus Di Lebuhraya Npe
Suami Isteri Sanggup Makan Rumput Demi Cari Duit Untuk Rawat Anak
Ahli Parlimen Dakwa Godfather Lindungi Sindiket Nelayan Asing
Sindiket Tawar Wakaf Quran Rm600 Senaskhah
Polis Buru Lelaki Pakai Kostum Pengebom Berani Mati Di Damansara
Datuk Seri Pukul Anggota Rela Naik Mahkamah Lagi, Didakwa Ambil Dadah



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 825
Saya Sanggup Mati Lawan Sindiket Judi - Datuk Nadzim Ppim
sukawg
113423
Forum Jump: