Sebatang Gigi Didakwa Milik Mamalia Purba Ditemui

Offline
10-21-2016, 12:37 AM, (This post was last modified: 10-21-2016, 12:39 AM by sukawg.)
#1
resim
GAMBAR menunjukkan sebatang gigi dipercayai milik mamalia gergasi di Naze, England baru-baru ini. AGENSI

LONDON 20 Okt. – Sepasang penyelidik mendakwa telah men­jumpai sebatang gigi milik ma­malia gergasi yang hidup ketika zaman purba.

Pasangan terbabit, Wendy dan John Booth dikatakan menjum­pai artifak bersejarah itu di Naze, berhampiran pantai Essex, timur laut London baru-baru ini.

Wendy dipetik Daily Mail sebagai berkata, pada mulanya, mereka menyangka artifak yang terdampar berhampiran pantai tidak jauh dari tebing Walton itu hanyalah ketul­an batu biasa berwarna coklat yang pernah dibawa oleh kapal-kapal ketika berlabuh di situ.

“Bagaimanapun, saya teruja apabila mengetahui batu tersebut rupa-rupanya sebatang gigi milik mamalia gergasi yang hidup di sini berjuta-juta tahun dahulu.

“Kami belum pernah menjum­pai artifak sepertinya dan ia boleh dianggap sebagai penemuan pa­ling bersejarah dalam abad ini,” kata wanita itu.

Walaupun kebanyakan pakar mendakwa gigi tersebut mungkin berusia kira-kira tiga juta tahun, ada juga yang percaya artifak bersejarah itu hanya berusia kira-kira 50,000 tahun sahaja.

Dalam pada itu, pegawai publisiti di pusat pelancongan Naze, Steven Walker yang menganggap penemuan tersebut sebagai jarang sekali berlaku.

“Kita tahu bahawa ada tulang mamalia gergasi pernah dijumpai di Walton sebelum ini dan gigi mamalia ini adalah sebahagian daripada siri penemuan fosil Red Crag di sini,” katanya.

Penemuan gigi milik mamalia gergasi itu turut disahkan oleh seorang profesor paleontologi vertebrata di University of Bristol, Mike Benton.

Menurut Benton, usia artifak itu mungkin mencecah tiga juta tahun jika gigi purba itu berasal daripada fosil Red Crag dan jika berasal daripada fosil Pleistocene, usianya mungkin antara satu juta hingga 11,000 tahun sahaja. - http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penyelidik-dakwa-jumpa-gigi-mamalia-purba-1.397406

Possibly Related Threads...
Kubu Bawah Tanah Ditemui Dekat Airport Sultan Azlan Shah
Kapal Selam Jerman Era Perang Dunia Pertama Ditemui Dengan 23 Mayat Di Dalam
Taj Mahal Milik Islam Bukan Hindu, Kata Mahkamah India
Telefon Milik Hitler Dilelong, Dijangka Dibida Rm1.3 Juta
'Keranda' Hitam Didakwa Milik Makhluk Asing Dalam Piramid
Telefon Bimbit Zaman Purba
Mumia Firaun Tutankhamun Didakwa Masih Ereksi Semasa Disemadikan
Kapal Selam Risikan Surcouf Milik Tentera Laut Perancis Aneh Dan Unik
Foto Osama Bin Laden Yang Jarang Ditemui Didedahkan
Saintis Jumpa Gigi Manusia Berusia 2.8 Juta Tahun



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 556
Sebatang Gigi Didakwa Milik Mamalia Purba Ditemui
sukawg
105304
Forum Jump: