Sebuah Kereta Viva 'langgar' Malaysia Airlines (mas) Mh740/741.

Offline
05-16-2014, 09:10 AM,
#1
resimresimresimresim







Sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH740/741 yang dijadualkan berlepas ke Yangon pada 10.05 pagi terpaksa ditangguhkan berikutan badan pesawat tersebut dilanggar oleh sebuah kereta VIVA di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan, kenderaan kepunyaan Firm City ditugaskan untuk membuat pemantauan proses pemunggahan barang-barang ke dalam pesawat. Terdapat kesan calar di bahagian bumbung kereta dan di bahagian bawah pesawat.

Kereta terbabit telah dibawa keluar dengan mengeluarkan angin tayar sebelah hadapan.

Pengarah Operasi MAS, Kapten Izham Ismail turut mengesahkan jurutera mereka telah menilai tahap kerosakan.

“Penilaian awal menunjukkan tiada kemalangan terhadap pesawat itu tapi tetap mesti melalui proses pemeriksaan menyeluruh ke atas keseluruhan pesawat,” katanya.

Pesawat lain jenis 9M-MSH digunakan untuk menggantikan penerbangan MH740 dandijadualkan berlepas semula ke Yangon jam 12.30 tengah hari. Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memohon maaf kepada semua penumpang
MH740/741 atas gangguan kelewatan yang dialami.




Video Hiasan






Possibly Related Threads...
Malaysia Menuju Kearah Gawat Ekonomi - Prof Dr Hoo Ke Ping
Kereta 3d Cetakan Pertama Dunia (13 Gambar)
Kenapa Harga Minyak Malaysia Tidak Patut Dibandingkan Dengan Brunei
Beli Kereta, Kesilapan Biasa Graduan Baru
Kereta Kawan Baru Lepas Hilang Dekat Institut Kanser Negara.
Pecah Cermin Kereta Di Bazaar Ramadhan.
Harga Baru Lesen Motor Dan Kereta Mulai 14 Julai 2014.
Mohon Bantuan Hebahan Bagi Menjejaki Sebuah Kereta Jenis Proton Wira.
Sedih. Anak Kecil Ditinggalkan Sendirian Dalam Kereta
Sebuah motosikal Kawasaki KR150 bernombor pendaftaran KCR1144 hilang.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 944
Sebuah Kereta Viva 'langgar' Malaysia Airlines (mas) Mh740/741.
Reez Ramsey
85239
Forum Jump: