Seks Dengan Isteri Bawah Umur Adalah Salah, Dianggap Rogol

Offline
10-11-2017, 08:20 PM,
#1
resim
Salah sebuah perkahwinan melibatkan pengantin perempuan dibawah umur. - Foto Google

NEW DELHI - INDIA. Mahkamah Agung India memutuskan hubungan intim bersama isteri bawah umur dikira sebagai jenayah rogol, hari ini.

Times Of India mengatakan mahkamah tidak menolak tuduhan hubungan intim secara paksa dalam undang-udang tersebut.

Sebelum keputusan hari ini, Seksyen 375 berkenaan undang-undang jenayah rogol melindungi suami yang melakukan hubungan intim dengan isteri berumur bawah 18 tahun.

"Pengecualian Kedua dalam Seksyen 375 dalam Kod Penal India yang melindungi si suami adalah pelanggaran perlembagaan dan hak asasi pengantin (isteri) bawah umur," kata Mahkamah Agung India.

Keputusan mahkamah agung dijangka mempertahankan hak perkahwinan melibatkan pengantin bawah umur yang berleluasa di India.

Mahkamah agung juga menolak rayuan yang yang mengatakan perkahwinan pengantin bawah umur adalah satu realiti di India dan tradisi yang perlu dipertahankan.

Berdasarkan sebuah bancian, 46 peratus wanita berumur diantara 18 hingga 29 tahun telah berkahwin sebelum usia mereka menginjak 18 tahun di India. - Sinar

Possibly Related Threads...
Wanita Separuh Abad Didenda Rm4,000 Tawar Seks Kepada Polis
Suami Isteri Diburu Perkosa Gadis Di Kajang, Disyaki Lakukan Threesome
Jurulatih Huang Qiang Didakwa Rogol Atlet Terjun
Jurulatih Rogol Atlet Renang Akan Didakwa Esok
Rogol Atlet Renang, Reman Jurulatih Dilanjut 5 Hari
Suami Tak Tahu Saya Jadi Gro, Kata Isteri Muda
Suspek Rogol Cucu Tiri Hingga Hamil Mati Minum Racun
Gadis Tingkatan 1 Diperkosa, Dipaksa Melacur Dengan Lelaki Tua Dengan Harga Rm700
Cikgu Ditahan Lakukan Hubungan Seks Dengan 4 Pelajar Lelaki
Isteri Minta Cerai Lepas Suami Mahu Ganas Seperti Filem 50 Shades Of Grey



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 58
Seks Dengan Isteri Bawah Umur Adalah Salah, Dianggap Rogol
sukawg
113254
Forum Jump: