Selama 3 Tahun, Lelaki Oku Gali Bukit Depan Rumah Untuk Bina Jalan

Offline
08-22-2017, 08:18 AM,
#1
 
resim
SASI menggunakan peralatan tangan tradisional untuk menggali bukit bagi membina jalan. - Agensi

resim
resim

SASI berjalan di jalan yang dibinanya sendiri selepas menggali bukit selama tiga tahun. - Agensi

Kerala, India: Seorang lelaki cacat mengambil masa lebih tiga tahun dan menggunakan peralatan tangan tradisional untuk menggali bukit di hadapan rumahnya bagi membina jalan.

Melethuveettil Sasi yang cacat kaki dan tangan kanan menggali bukit untuk membuat jalan sejauh 200 meter di hadapan rumahnya supaya dia boleh mencari rezeki untuk keluarganya.

Sasi, 63, sebelum ini bekerja sebagai pemetik buah kelapa tetapi terjatuh dari pokok yang dipanjat menyebabkan dia cacat.

Dia memohon bantuan kepada kerajaan tempatan untuk membeli motosikal roda tiga bagi membeli tiket loteri di bandar sebelum menjualnya kepada penduduk kampung.

“Bagaimanapun, pegawai kerajaan mentertawakan saya dan berkata, “Adakah motosikal itu boleh terbang melintasi bukit di hadapan rumah kamu?” katanya.

Sasi kemudian menulis surat dan merayu kepada kerajaan supaya membina jalan di depan rumahnya tetapi selepas beberapa tahun permohonannya tidak dilayan.

Kerana kecewa, Sasi akhirnya mengambil keputusan untuk menggali sendiri bukit di hadapan rumahnya itu bagi membina jalan pada 2013.

“Setiap hari saya mula menggali bukit itu pada jam 5 pagi dan berehat pada jam 8.30 pagi apabila hari mula panas.

“Saya menyambung semula kerja pada jam 4 petang hingga ke matahari terbenam,” jelasnya.

Selepas lebih tiga tahun dan menempuh pelbagai halangan termasuk daripada pihak berkuasa, akhirnya Sasi berjaya menyiapkan jalan itu.

Kisah kesungguhan dan keazaman luar biasa yang ditunjukkan Sasi itu menjadi inspirasi selepas ia tular di media sosial baru-baru ini.

Sasi juga tidak perlu memohon bantuan daripada kerajaan apabila pengguna media sosial yang simpati melancarkan dana bagi membeli motosikal untuk lelaki itu. - Metro

Possibly Related Threads...
Lelaki Menang Jackpot Toto Rm70 Juta, Terbesar Di Malaysia
Tahfiz Dibakar: Mak Seorang Suspek Sudah Beberapa Bulan Tak Balik Rumah
Misteri Tebing Yang ' Bertelur' Setiap 30 Tahun Di China
Tahfiz Dibakar: Hos Jalan Jalan Cari Makan Mohon Maaf
Tahfiz Dibakar: Rm750,000 Dibelanjakan Untuk Ubah Suai Bangunan Asal
Tiada Lagi Warung Tepi Jalan Pada 2020
Suami Isteri Miliki 7 Anak Perempuan Didakwa Beli Anak Lelaki
Sepatutnya 10 Bulan, Banduan ' Terperangkap' Dalam Penjara Sehingga 11 Tahun
Violet, Manusia Tertua 117 Tahun Meninggal Dunia
Pengedar Dadah Minta Ampun Melutut Depan Ibu Lepas Dijatuh Hukuman Mati



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 54
Selama 3 Tahun, Lelaki Oku Gali Bukit Depan Rumah Untuk Bina Jalan
sukawg
112131
Forum Jump: