Selepas 20 Tahun, Baru Tahu Watak Dalam Komik Mat Despatch Memang Wujud

Offline
08-12-2017, 11:38 PM,
#1


resim

TAHUKAH anda watak-watak komik terkenal Mat Despatch yang sudah hampir 20 tahun menghiburkan peminat-peminatnya diinspirasi daripada watak sebenar?



Selama hampir 20 tahun juga, perkara ini tidak diketahui oleh pembaca setianya, sehinggalah salah seorang watak daripada komik itu mengucapkan takziah di atas pemergian pelukis asal Lengkuas yang menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat.

Caron iaitu watak setiausaha dalam komik berkenaan telah mengesahkan perkara itu ketika memuat naik ucapan tersebut di laman Facebook Allahyarham Lengkuas dan ia mendapat reaksi pelbagai daripada peminat Mat Despatch.

Caron How Choy Sim memecah rahsia itu dengan berkata bahawa wataknya dalam komik berkenaan tidak akan sama lagi tanpa Allahyarham.

Lantas Caron dihujani pelbagai persoalan daripada peminat Lengkuas yang turut bertanyakan mengenai kesahihan watak bos dalam komik itu iaitu Zainol.

“Ya, Zainol wujud, tetapi ejaan sahaja berlainan,” kata Caron ketika menjawab salah satu komen peminat Lengkuas.


resim
Caron How Choy Sim memecah rahsia itu dengan berkata bahawa wataknya dalam komik berkenaan tidak akan sama lagi tanpa Allahyarham.

resim
Caron dihujani pelbagai persoalan daripada peminat Lengkuas yang turut bertanyakan mengenai kesahihan watak bos dalam komik itu iaitu Zainol.

resim
Caron iaitu watak setiausaha dalam komik berkenaan telah mengesahkan perkara itu ketika memuat naik ucapan takziah di laman Facebook Allahyarham.


Kisah Mat Despatch berkisar ragam di pejabat di mana watak utamanya Mat, seorang penghantar surat, sering mengusik rakan-rakan termasuklah bosnya.

Paling mencuit hati adalah apabila watak Mat itu dijadikan sebagai seorang yang sangat selamba dan sering meminta RM2 daripada bosnya.

Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Saleh merupakan salah seorang pelukis utama bagi majalah Ujang yang sangat terkenal sekitar tahun 90an.

Beliau meninggal dunia pada usia 53 tahun akibat komplikasi darah tinggi dan buah pinggang. - Awani

Possibly Related Threads...
Cincin Hilang 13 Tahun Lalu Ditemui Tersarung Pada Lobak
Budak 10 Tahun Yang Dirogol Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
Hanya Selepas 2 Tahun, Baru Sedar Anak Tercucuk Plastik
Harga Teh O Masih Kekal 20 Sen Sejak 20 Tahun Lalu
Russia Perkenal Sukhoi-57 Baru, Saingan F22 Raptor
Kek Buah Berusia 107 Tahun Ditemui, Masih Elok
Lelaki Tertua Di Dunia Meninggal Di Usia 113 Tahun
Paku, Sepit Kuku, Pemetik Api Ditemui Dalam Perut
Di India, Pekerja Pakai Helmet Dalam Pejabat Bimbang Siling Runtuh
10 Tahun Besi Pendakap Gigi Dalam Perut Lepas Tertelan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 65
Selepas 20 Tahun, Baru Tahu Watak Dalam Komik Mat Despatch Memang Wujud
sukawg
111977
Forum Jump: