Sembur Pemedih Mata Penguatkuasa Mpsj, Lelaki Dipenjara 5 Bulan

Offline
11-14-2017, 08:34 PM,
#1
Dipenjara 5 bulan, denda RM3,000

resim
resim

TINDAKAN seorang lelaki menyembur cecair pemedih mata ke arah anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) selepas berang tayar keretanya dikunci minggu lalu, menerima padah apabila Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM3,000 terhadapnya.



Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhkan hukuman itu terhadap Leng Wan Kwan, 50, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

Berdasarkan pertuduhan, Leng didakwa dengan sengaja menggunakan kekerasan jenayah bagi menghalang penjawat awam iaitu penguatkuasa MPSJ, Norsafuan Nordin, 31, daripada menjalankan tugas dengan menyembur mata mangsa dengan pemedih mata.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di parkir hadapan sebuah restoran di Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri, Puchong di sini, pada 12.40 tengah hari, 7 November lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Leng yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman ringan atas alasan dia perlu menanggung keluarga.

Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya, Natasya Chin Le Jy memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang sedang bertugas bersama rakannya mengunci kereta milik tertuduh selepas ia diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.

Secara tiba-tiba tertuduh bersama pasangannya memarahi dan bertindak menyembur cecair pemedih mata terhadap mangsa.

Kejadian itu menyebabkan mangsa pedih mata dan sukar untuk bernafas.

Mangsa juga menghubungi unit tunda MPSJ sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu. - Metro

Possibly Related Threads...
Kasut Adidas: Lelaki Didakwa Hari Ini, Tak Mengaku Tumbuk
Lelaki Jadi Kacak Lepas Pembedahan, Hingga Ibu Tak Kenal Anak Sendiri
Lelaki Enggan Cerita, Tapi Doktor Dedahkan Belut Dimasukkan Ikut Dubur
Penipu Minta Dipenjara Lebih Ketat Kerana Tak Dapat Tahan Diri Menipu Lagi
Malu Orang Malaysia Tak Pandai Cakap Melayu, Tegur Lelaki Cina
Durian Mampu Kuatkan Tenaga Batin Lelaki?
Lelaki Pakai Kostum Pengebom Berani Mati Didenda Rm400
Lelaki Tumbuk Muka Kerana Kasut Adidas Sudah Ditahan
Gadis Bakal Nikah Hujung Bulan Ini Dilapor Hilang
Rakyat Malaysia Dipenjara 2 Bulan Terbangkan Dron Tanpa Kebenaran Di Myanmar



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 13
Sembur Pemedih Mata Penguatkuasa Mpsj, Lelaki Dipenjara 5 Bulan
sukawg
113641
Forum Jump: