Sepatutnya 10 Bulan, Banduan ' Terperangkap' Dalam Penjara Sehingga 11 Tahun

Offline
09-17-2017, 07:17 AM,
#1
resim
James Ward

LONDON 15 Sept. – Seorang lelaki yang terpaksa me­ringkuk dalam penjara selama 11 tahun walaupun dijatuhi hukuman hanya selama 10 bulan, akhirnya mendapat kebenaran untuk dibebaskan.

Menurut portal berita BBC, James Ward dijatuhi hukuman penjara 10 bulan selepas didapati bersalah dalam satu kes pertengkaran dengan bapanya, Bill Ward.

Lelaki berusia 32 tahun itu mempunyai masalah kesihatan mental dan ke­rap membahayakan diri ketika menjalani hukuman pada tahun 2006.

Lelaki berkenaan me­ngakui tidak dapat mena­han tekanan hidup di pen­jara dan beberapa kali membakar katilnya, menyebabkan hakim memutuskan untuk meletakkan­nya di bawah program Hu­­kuman Penjara Perlindu­ngan Awam (IPP) tanpa sebarang tarikh pembebasan.

“James bukan risiko ke­pada orang ramai, dia ha­nya cenderung untuk men­ce­derakan dirinya sen­diri tetapi dengan so­kongan yang tepat, kami yakin dia akan sembuh.

“Saya berharap para ta­hanan IPP yang sudah melepasi tarikh hukuman yang terlalu lama juga perlu diberi hak mereka untuk dibebaskan,” jelas kakak­nya, April.

Lembaga Parol mengesahkan pembebasan Ward dan telah mendapatkan bahagian sokongan kesihatan mental untuk membantu lelaki berkenaan selepas keluar dari penjara.

IPP telah dimansuhkan pada tahun 2012, tetapi lebih daripada 3,000 banduan di England dan Wales dilaporkan masih menja­la­ni hukuman penjara di bawah program berkenaan.

Jurucakap Kementerian Kehakiman sebelum ini berkata, pihaknya ber­te­kad untuk menangani cabaran bagi memastikan semua banduan IPP mendapat sokongan yang mereka perlukan untuk menunjukkan bahawa me­reka tidak lagi menjadi ancaman kepada ke­selamatan awam.

“Usaha ini terus mencapai hasil dengan pembebasan 576 banduan IPP pada 2016, jumlah pembebasan tahunan tertinggi sejak program hukuman itu diperkenalkan pada tahun 2005,” katanya. - Utusan

Possibly Related Threads...
Gadis-gadis Ketakutan, Parti Bujang Batal Lepas Ada Kelibat Budak Dalam Gambar
Ada Batu Sebesar Telur Burung Unta Dalam Saluran Kencing
Misteri Tebing Yang ' Bertelur' Setiap 30 Tahun Di China
806 Batu Karang Dalam Buah Pinggang Kerana Suka Makan Daging Babi
Apa Jadi Jika Telur Dipecahkan Dalam Laut?
Baca Dengan Jelas - Ketahui Gangguan Jin Dalam Badan Anda.
Beratus Ulat Bersarang Dalam Kepala Lelaki
Mayat Sami Mati 4 Tahun Lepas Disadur Dengan Emas
Semut Bersarang Dalam Telinga Gadis, Doktor Sudah Keluarkan 1,000 Ekor
Cacing Hidup Meliuk-liuk Dalam Mata



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 117
Sepatutnya 10 Bulan, Banduan ' Terperangkap' Dalam Penjara Sehingga 11 Tahun
sukawg
112546
Forum Jump: