Serpihan Pesawat Ditemui Di Mauritius Disahkan Milik Mh370

Offline
10-07-2016, 04:10 PM,
#1
resim

Sekeping serpihan pesawat yang ditemui di Mauritius pada bulan Mei lalu disahkan milik Boeing MH370.

Ia merupakan serpihan kedua pesawat MH370 ditemui selepas Tanzania pada bulan lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengesahan itu dibuat selepas pakar-pakar Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) membuat pemeriksaan ke atas serpihan yang ditemui.

Menurut beliau, kesimpulan itu dibuat berdasarkan sebahagian nombor yang ditemui pada serpihan itu.

"Daripada bahagian nombor yang ditemui daripada sekeping serpihan, ia telah dikenal pasti sebagai hujung tali yang dimasukkan di bahagian belakang sayap kiri Boeing 777. Ia juga konsisten dengan keadaan dan pembinaan serpihan

"Bersebelahan dengan bahagian nombor adalah sebahagian pengecaman kedua. Rekod daripada pengeluar sayap menunjukkan bahawa nombor 404 diletakkan pada kepingan sayap. Ia sepadan dengan nombor garisan pada pesawat Boeing 777 yang didaftarakan sebagai 9M-MRO (MH370).

Sehubungan itu, pakar-pakar telah membuat kesimpulan bahawa sekeping serpihan yang berasal daripada pesawat 9M-MRO, juga dikenali sebagai MH370, katanya.

Pesawat MH370 hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang penumpang pada 8 Mac 2014. - MG

Possibly Related Threads...
Ocean Infinity Sah Cari Semula Mh370
Laluan Mh370 Sama Seperti Dalam Simulator Kapten Zaharie, Kata Laporan Atsb
Jangan Kaitkan Pembunuhan Konsul Kehormat Malaysia Ke Madagascar Dengan Mh370
2 Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Seychelles
Mh370 Dipercayai Berkubur Di Utara Lokasi Pencarian
3 Tahun Mh370: Maira Terus Merindui Bapa
Hari Ini Genap 3 Tahun Kehilangan Mh370
Kenapa Tak Pintas Pesawat Mh370? Menteri Beri Alasan ' Rahsia'
Lagi Serpihan Pesawat Dijumpai Di Afrika Selatan
Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Pantai Afrika Selatan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 517
Serpihan Pesawat Ditemui Di Mauritius Disahkan Milik Mh370
sukawg
105104
Forum Jump: