Siapa Tpm: Salleh Cuba Melaga-lagakan

Offline
05-18-2015, 10:31 PM,
#1
PUTRAJAYA - Soalan siapa Timbalan Perdana Menteri jika Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi Perdana Menteri yang dibangkitkan Speaker Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak sebelum ini disifatkan sebagai cubaan untuk memecah-belah parti.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Salleh mahu beliau menamakan seseorang dan kemudian mereka bercakaran sesama sendiri.

"Itu (siapa TPM pasal nak cari pecah-belah. Dia cuba untuk pastikan anda menamakan seseorang dan kemudian mereka bergaduh sesama sendiri.

"Itu (siapa TPM) untuk parti putuskan. Ada tiga Naib Presiden," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku 'Dr Mahathir's Selected Letters to World Leaders Volume Two' di sini, hari ini.

Sebelum ini, ‎Salleh menulis di blognya dan mendakwa Tun Mahathir mahu memilih sendiri siapa yang beliau mahukan untuk memimpin negara ini untuknya.

Malah katanya, siapa pun calon itu, dia mesti seseorang yang boleh mendengar arahan bekas perdana menteri itu.

Possibly Related Threads...
Siapa Beli Sukuk 1mdb, Soal Pas
Asri: Agaknya Malaysia Ini Siapa Yang Punya?
[politik - Sabah ]salleh Semakin Lantang 'menembak'..
[mkini]_psm Tanya Hadi: Siapa Marxis?
[mkini]_mp: Global Witness Cuba Campur Tangan Dalam Politik
[mkini]_polis Cuba Geledah Pejabat Suara Keadilan
[mkini]_anwar: Manifesto Bn Tak Umum Siapa Jadi Pm
Milosuam_rais Yatim, Ini Rumah Siapa, Dan Siapakah Wanita Di Depan Rumah Ini?
[sinaronlineutama]_dr M: 'pru 2008, Tiada Siapa Minta Bantuan Saya'
[Malaysikini]_'Siasatan Scorpene cuba wujud tanggapan Najib salah'



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 626
Siapa Tpm: Salleh Cuba Melaga-lagakan
ringgit maker
95750
Forum Jump: