Skmm Sekat Laman Lucah Popular, Redtube

Offline
12-22-2014, 08:00 AM,
#1
resim

PETALING JAYA: Laman web pornografi popular Redtube telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut pengguna media sosial, akses kepada laman web itu telah disekat sejak 19 Disember lalu dengan laman hadapan yang berbunyi: "Laman web ini tidak boleh dilayari di Malaysia kerana ia melanggar undang-undang negara".

SKMM sudah lama bertekad untuk membendung pornografi, serta sering mengingatkan orang ramai bahawa ia adalah menyalahi undang-undang di Malaysia.

Menurut kod kandungan SKMM, kandungan lucah menimbulkan rasa jijik kerana gambarannya yang lucah dan ianya menyinggung.

"Ada kemungkinan setiap kandungan itu mempunyai pengaruh negatif dan merosakkan pemikiran mereka yang mudah dipengaruhi,".

Kod kandungan itu juga membuat pernyataan spesifik mengenai pornografi kanak-kanak, degradasi seks dan aksi seks eksplisit atau pornografi.

PETALING JAYA: Popular pornography website RedTube has been blocked by the Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC).

According to social media users, access to website has been blocked since Dec 19 with Internet users redirected to a page with a warning that reads: “This website is not available in Malaysia as it violates national law”.

The MCMC has long attempted to curb pornography, often informing the public of its ills and the fact that it is illegal in Malaysia.

According to the MCMC content code, obscene content gives rise to a feeling of disgust by reason of its lewd portrayal and is essentially offensive.

“There is every possibility of such content having a negative influence and corrupting the mind of those easily influenced,” it reads.

The content code also makes specific mention of child pornography, sexual degradation and explicit sex acts or pornography.


http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/12/21/Blocked-MCMC-website/

Possibly Related Threads...
Indonesia Sekat Laman Web Tumblr Yang Penuh Pornografi, Lgbt
Laman Torrent Pirate Bay Kembali Online Harini
Maybank2u.com Laman Web Paling Ramai Pengunjung
Polis Berjaya 'karamkan' Laman Web The Pirate Bay
Laman Insecam.com Dedah Rakaman Hasil Godam Webcam Anda
[bhariannasional]_dewan Rakyat: 1,585 Laman Sesawang Disekat
Laman web perangi rasuah
Laman sosial tidak rasmi Tenaga Nasional



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 1606
Skmm Sekat Laman Lucah Popular, Redtube
sukawg
91591
Forum Jump: