Suami Ajar Isteri Hisap Syabu Untuk Lebih Puas Ketika Seks

Offline
06-13-2017, 11:00 PM,
#1
resim

TAMPIN - Kepuasan hubungan intim ketika 'lalok' mendorong sepasang suami isteri berusia lingkungan 20an yang baru sahaja berkahwin kira-kira tiga minggu lalu untuk menghisap dadah.

Pasangan suami isteri itu ditangkap polis dalam satu serbuan di rumah keluarga si suami di salah sebuah perkampungan di Gemencheh, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan Hamazah Ab Razak berkata, ketika serbuan kira-kira jam 8.30 pagi itu, pasangan suami isteri berkenaan sedang lena tidur.

“Kedua-duanya baru sahaja menagih dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Pada mulanya si suami yang menghisap dadah, namun si suami telah mengajar isterinya pula untuk menghisap dadah bagi memuaskan nafsu mereka semasa membuat hubungan intim.

“Hasil soal siasat juga mendapati, pasangan suami isteri ini mendapat bekalan dadah jenis syabu dari rakan mereka yang tinggal di kawasan taman perumahan di sekitar Bahau (Jempol),” katanya kepada Sinar Harian, di sini hari ini.

Hamazah berkata, pasangan berkenaan juga dipercayai memperuntukkan kira-kira RM100 setiap minggu bagi membeli dadah.

Menurutnya, ujian air kencing mendapati pasangan suami isteri berkenaan positif dadah jenis Syabu.

‘Kedua-duanya kini ditahan reman dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Hamazah berkata, pihaknya dari masa ke masa akan terus membuat serbuan, operasi mahupun pemeriksaan bagi memastikan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah berkenaan dapat dibanteras. - Sinar

Possibly Related Threads...
Cikgu Ditahan Liwat Pelajar Lebih 50 Kali Di Sarawak
Pemain Bola Sepak Ghana Dipenjara 2 Tahun Rogol Isteri Sendiri
Suami Tidur Di Ruang Tamu Tak Sedar Isteri Diperkosa 3 Penyamun Dalam Bilik
Pakar Ivf Didakwa Guna Sperma Sendiri Untuk Hasilkan 20 Bayi
Cikgu Pendidikan Khas Dipenjara 7 Tahun Seks Oral Pelajar
Lelaki Ditikam Ketika Tawar Menawar Harga Khidmat Seks Songsang
Suami Orang Perkosa Wanita Dipenjara 14 Tahun
Pasangan Gay Dicekup Sedang Seks Dihukum Sebat 85 Kali
Pelajar Universiti Dirakam Kamera Pengintip Ketika Mandi Di Homestay
Banduan Berkempen Supaya Patung Seks Dibenarkan Dalam Penjara



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 127
Suami Ajar Isteri Hisap Syabu Untuk Lebih Puas Ketika Seks
sukawg
110856
Forum Jump: