Suami Bakal Dipenjara Lepas Tangkap Isteri Tidur Dengan Bos

Offline
01-22-2018, 11:37 PM,
#1
resim
Nancy Donis dan Sean Donis.

NEW JERSEY - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki berhadapan hukuman penjara selepas menemui isterinya curang di atas katil bersama bosnya.

Yahoo News melaporkan Sean Donis, 37 yang sedang menjaga anaknya yang berusia lima tahun sedang mencari peranti iPadnya sebelum kejadian.

Donis kemudian mengaktifkan aplikasi Find My iPhone yang mampu mengesan peranti tersebut.

Aplikasi berkenaan membawa Donis ke sebuah rumah tidak berkunci dan menemui isterinya, Nancy Donis, 38 bersama bosnya Albert Lopez, 58 di atas katil dalam keadaan mengaibkan.

Donis kemudian merakam video kedua-dua subjek yang masih berada dalam keadaan memalukan.

Tidak lama kemudian, Donis menerima surat peguam yang mengatakan dirinya berhadapan dakwaan memecah masuk kediaman dan merakam tanpa izin.

Dalam perbicaraan Jumaat lalu, Lopez mengatakan dia menyuruh Donis keluar dari bilik tetapi gagal dituruti lelaki berkenaan.

"Bunuhlah saya, saya tak peduli," kata Donis degil dalam kejadian April 2016 tersebut.

Lopez mendakwa Nancy mengatakan wanita tersebut telah bercerai dengan Donis sebelum kejadian.

Peguambela Donis, Howards Greenberg memberitahu anak guamnya tidak wajar menerima sebarang hukuman kerana berjaya menguruskan kejadian tersebut tanpa sebarang kecelakaan.

Bagaimanapun, pendakwa raya Nabeela Mcleod masih menyebelahi Lopez selepas mendapat tahu Donis berkongsi rakaman curang dengan saudara mara sebelah isteri.

Jika didapati bersalah, Donis boleh dipenjara sehingga 15 tahun. - Sinar

Possibly Related Threads...
4 Beradik Lari Lepas Merajuk Kena Marah Selamat Ditemui
Viral Lelaki Thailand Miliki 2 Isteri Teramat Cantik
Lelaki Rayu Isteri Cantik Dikembalikan Lepas Dilarikan Pekerja Sendiri
Syarikat Kurier Punca 570 Restoran Kfc Ditutup Lepas Gagal Hantar Ayam
Berpuasa Dengan Hanya Minum Air Terbukti Dapat Turunkan Berat Badan Dengan Cepat
4 Pengarah Pelaburan Emas Genneva Dipenjara 8 Tahun
Nahas Duke: 2 Pemandu Myvi Dipenjara 3 Tahun
Penduduk Berpesta Tangkap Ikan, Udang Galah ' Mabuk'
Isteri Minta Cerai Kerana Suami Enggan Belikan Kebab
Sindir Makan Dalam, Gadis Beri Jambangan Rokok Buat Bakal Suami



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 46
Suami Bakal Dipenjara Lepas Tangkap Isteri Tidur Dengan Bos
sukawg
115330
Forum Jump: