Suami Cari Isteri Sudah 2 Tahun Hilang Ikut Teman Lelaki India

Offline
08-21-2017, 05:38 PM,
#1
resim

Sungai Petani: Seorang lelaki bukan saja kehilangan dua anak, malah isterinya menghilangkan diri dipercayai mengikut teman lelaki sejak dua tahun lalu.

Muhammad Saiful Rosli, 30, dari Bedong, di sini, berkata, dia sudah berputus harap mencari isteri, Siti Fatimah Malani Abdullah, 30, yang juga seorang mualaf dan anak mereka yang sehingga kini tidak diketahui lokasi mereka.

“Saya dapat tahu selepas keluar dari rumah kami di Taman Seri Bayu, dekat Sungai Lalang pertengahan 2015, dia (isteri) tinggal bersama teman lelaki sekitar Selangor dan dua anak kami berusia tujuh dan dua tahun namun lokasinya tidak tahu di mana. Puas saya cuba mencari, tetapi gagal.

“Saya juga berusaha mengesannya melalui ahli keluarga, tapi tidak berjaya. Malah, tiga surat yang dihantar kepadanya juga tiada sebarang maklum balas,” katanya ditemui, di sini, semalam.

Menurut Muhammad Saiful, dia turut merujuk kesnya ke Pejabat Agama dan satu surat dikeluar oleh pihak berkenaan yang meminta isterinya hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Muda di sini hari ini bagi perbicaraan kes perceraian.

“Hakim akan membuat keputusan pada hari ini juga mengenai perkahwinan kami. Jadi saya berharap dia dapat hadir untuk menyelesaikan hal ini,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, mereka berkahwin pada Ogos 2008 dan selepas itu tinggal di Taman Seri Bayu.

“Namun pada Oktober 2015 isteri keluar rumah bersama dua anak lelaki sebelum diambil seorang lelaki India dan sejak itu dia terus menghilangkan diri,” katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Viral Jumpa Duit Di Tempat Sampah, Rm2,300 Sudah Dipulang Semula
Lelaki Menang Jackpot Toto Rm70 Juta, Terbesar Di Malaysia
Tahfiz Dibakar: Mak Seorang Suspek Sudah Beberapa Bulan Tak Balik Rumah
Misteri Tebing Yang ' Bertelur' Setiap 30 Tahun Di China
Tahfiz Dibakar: Hos Jalan Jalan Cari Makan Mohon Maaf
Tahfiz Dibakar: Ikut Hati Nak Sepak Terajang Suspek, Kata Abang
Suami Isteri Miliki 7 Anak Perempuan Didakwa Beli Anak Lelaki
Sepatutnya 10 Bulan, Banduan ' Terperangkap' Dalam Penjara Sehingga 11 Tahun
Violet, Manusia Tertua 117 Tahun Meninggal Dunia
Ganjaran Rm384,000 Sudah Dibayar Kepada Pelapor Rasuah Sejak 2011



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 55
Suami Cari Isteri Sudah 2 Tahun Hilang Ikut Teman Lelaki India
sukawg
112111
Forum Jump: