Suami Isteri Miskin Rayu Bantuan Rawat 3 Anak

Offline
02-26-2015, 08:02 AM,
#1
resim
RAHMAT Man (kanan) dan Sanisah Kassim (kiri) bersama empat anak di kediaman mereka di Kampung Bintawa Tengah, Kuching, Sarawak, semalam.

KUCHING 25 Feb. – Nasib pasangan suami isteri, Rahmat Man, 40, dan Sanisah Kassim, 36, dari Kampung Bintawa Tengah di sini ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

Bukan sahaja dihimpit kemiskinan, tiga daripada lima anak mereka mengalami masalah kecacatan mental.

Ketiga-tiga anak mereka iaitu Hamzah, 17, Khuzaimah, 14, dan Mohd. Shahrizan, 12, disahkan mempunyai masalah itu sejak kecil.

Rahmat yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, anak-anaknya bukan sahaja mempunyai masalah komunikasi tetapi turut menghadapi masalah daya ingatan.

Bagaimanapun, katanya, dia bersama isteri bersyukur kerana dua lagi anak mereka, Mohd Zulfikar, 20, dan Nurul Ain, 13, membesar sebagai individu normal.

“Disebabkan penyakit dialami, kami perlu menjaga tiga anak ini dengan penuh perhatian kerana mereka tidak boleh mendengar.

“Untuk berkomunikasi dengan mereka, saya dan isteri perlu menunjukkan isyarat atau menggunakan bahasa badan,” katanya ketika ditemui di kediamannya hari ini.

Sehubungan itu, dia berharap orang ramai atau mereka yang mempunyai kepakaran mengubati penyakit mental agar tampil membantu merawat anak-anaknya.

Sementara itu, Rahmat memberitahu, akibat kemiskinan, dia sekeluarga terpaksa hidup dalam serba kekurangan dan mendiami rumah pusaka yang usang sejak lebih 20 tahun lalu.

Menurutnya, pendapatannya kira-kira RM500 sebulan tidak mencukupi untuk membaiki dinding rumahnya yang reput dan atap bocor.

Orang ramai yang ingin mem*ban*tu keluarga Rahmat boleh meng*hubunginya melalui 013-572 5256 atau mengunjungi rumahnya di Kampung Bintawa Tengah.

Possibly Related Threads...
Mohon Bantuan Adik Aishah Sofea Derita Ketumbuhan Dalam Mulut
Jkm Berhentikan Bantuan Izzarah Sofea
Ibu Wariskan Semua Harta Demi Anak Bawa Padah, Ditinggalkan Sejak 3 Tahun Lepas
Bapa Risau Anak Kerap Tepuk Dahi Sendiri
Lelaki Hidap Kanser Gusi Perlukan Bantuan
Suami Sorong Isteri Lumpuh Sejauh 5km Dengan Kerusi Roda Untuk Ke Hospital
Warga Emas Tinggal Dalam Bangsal Lembu Sejak Kematian Suami
Mohon Bantuan Adik Farisha Hidap Kanser Mata
Minta Bantuan Dana Pembedahan Adik Ismail Zhafran
Suami Tabah Jaga Isteri Hidap Kanser Otak



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 887
Suami Isteri Miskin Rayu Bantuan Rawat 3 Anak
sukawg
93542
Forum Jump: