Suami Tabah Jaga Isteri Hidap Kanser Otak

Offline
12-21-2014, 12:44 PM,
#1
resim
Nor Qistina Afieka menemani ibunya, Norazilawati Abdullah yang terlantar sakit akibat kanser otak kronik di Kampung Sera Ulu, Baling, Kedah, baru-baru ini. Gambar kanan, Abdullah Hussin bersama anak bongsunya, Nor Badrisya.

BALING 20 Dis. – Seorang wanita di Kampung Sira Ulu dekat sini hanya mampu terlantar akibat penyakit kanser otak sejak dua tahun lalu.

Lebih menyedihkan penyakit tersebut kini mengakibatkan Norazilawati Abdullah, 32, semakin menderita setelah kehilangan peng**lihatannya kerana kanser itu.

Suaminya, Abdullah Hussin, 31, berkata, dia terpaksa menjaga iste*ri*nya itu sepenuh masa bagi memastikan segala urusan makan minumnya terjaga dengan baik.

“Saya laluinya selama dua tahun dia terlantar sakit malah menjaga*nya dengan baik termasuk dua anak kami,” kata Abdullah ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.

Katanya, pada awal kejadian, isterinya hanya mengadu rasa pening dan muntah lalu membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Hospital Baling.

“Kemudian itu sakitnya berulang-ulang menyebabkan dia dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan doktor mengesahkan dia menghidap barah otak.

“Ketika itu dia perlu menjalani pembedahan sebanyak dua kali di kepala, namum begitu keadaannya bertambah teruk apabila penyakit itu merebak di bahagian mata,” katanya.

Menurut Abdullah, dia berusaha merawat isterinya itu di serata tempat termasuk perubatan tradisional dan moden namun keadaannya tidak berubah malah lebih teruk.

“Selagi ada daya usaha, saya tetap menjaganya dan berharap penyakitnya akan pulih dan mampu memberi kasih sayang kepada dua anak kami iaitu Nor Qistina Afieka, 6, dan Nor Badrisya, 3, yang sentiasa mengharapkan ibu mereka segera sembuh,” katanya.

Abdullah yang bekerja kampung juga bergantung kepada bantuan bulanan daripada pejabat Ahli Parlimen Baling melalui Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu, Abdullah juga mengucapkan terima kasih Bahagian Hal Ehwal Wanita Parlimen Baling yang mengadakan majlis bacaan Yasin di rumahnya semalam untuk mendokan kesejahteraan isterinya itu.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh meng*hubungi Abdullah Hussin menerusi 019-4333904.

Possibly Related Threads...
Murid Hidap Kanser Rahang Meninggal Dunia
Lelaki Hidap Kanser Gusi Perlukan Bantuan
Suami Sorong Isteri Lumpuh Sejauh 5km Dengan Kerusi Roda Untuk Ke Hospital
Warga Emas Tinggal Dalam Bangsal Lembu Sejak Kematian Suami
Mohon Bantuan Adik Farisha Hidap Kanser Mata
Suami Isteri Miskin Rayu Bantuan Rawat 3 Anak
Isteri Terpaksa Berhutang Jiran Beli Susu, Lampin Suami Terlantar Kemalangan
[Berita Utama MetSetempat]_Jantung berlubang, hidap leukemia



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 1079
Suami Tabah Jaga Isteri Hidap Kanser Otak
sukawg
91566
Forum Jump: