Suami Tak Tahan, Ceraikan Isteri Kerana Hanya Mandi Sekali Setahun

Offline
01-14-2018, 11:36 PM,
#1
resim

TAIPEI: Seorang lelaki di Taiwan nekad menceraikan isterinya ekoran tabiat buruk pasangannya yang hanya mandi sekali dalam setahun.

Memetik laporan Shanghaiist, tabiat buruk isterinya itu telah menyebabkan mereka tidak lagi melakukan hubungan intim bersama lantas membatalkan hasrat mereka untuk memiliki anak.

Sebelum melangsungkan perkahwinan, lelaki itu mendakwa isterinya itu akan mandi sekurang-kurangnya sekali seminggu, namun keadaan semakin parah setelah mereka berkahwin.

Selepas 10 tahun, isterinya hanya mandi sekali dalam setahun dan akan menghabiskan masa hampir enam jam bagi membersihkan dirinya setelah setahun tidak mandi.

Selain malas mandi, wanita tersebut turut memaksa suaminya untuk tidak bekerja dan menjaga bapanya yang sakit.

Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai sumber kewangan tetap dan terpaksa bergantung kepada ibu mertuanya.

Bagaimanapun, pada tahun 2015, lelaki ini nekad untuk berpindah keluar dari rumah tersebut dan bekerja di Hsinchu di utara Taiwan tanpa pengetahuan isterinya.

Tidak berapa lama kemudian, isterinya mendapat tahu tentang perkara itu dan terus memaksa suaminya itu berhenti dan pulang semula ke rumah.

Susulan kejadian, lelaki ini akhirnya nekad pulang ke rumah dan memfailkan penceraian terhadap isterinya. - Awani

Possibly Related Threads...
Viral Lelaki Thailand Miliki 2 Isteri Teramat Cantik
Rakaman Pekerja Indon, Bangla Bergaduh Kerana Berebut Lif
Lelaki Rayu Isteri Cantik Dikembalikan Lepas Dilarikan Pekerja Sendiri
Suspek Dadah Pecah Rekod Tahan Buang Air Besar Selama Sebulan
Berpuasa Dengan Hanya Minum Air Terbukti Dapat Turunkan Berat Badan Dengan Cepat
Cikgu Tahan Murid Selepas Waktu Pulang, Ibu Bapa Jadi Mangsa Kena Tunggu Lama
Bil Elektrik Masjid Rm30,000 Sebulan Kerana Belum Tukar Status Tarif
Beratus Restoran Kfc Ditutup Kerana Tak Cukup Ayam
Isteri Minta Cerai Kerana Suami Enggan Belikan Kebab
Sindir Makan Dalam, Gadis Beri Jambangan Rokok Buat Bakal Suami



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 43
Suami Tak Tahan, Ceraikan Isteri Kerana Hanya Mandi Sekali Setahun
sukawg
115112
Forum Jump: