Sudah Lebur Rm100,000 Main Mesin Kuda

Offline
01-12-2018, 11:02 AM,
#1
resim
Ali (kiri) melihat mesin judi yang dirampas dalam serbuan.

Gombak: ‘Pelaburan’ dilakukan mencecah RM100,00, namun hadiah dimenangi menerusi pertaruhan mesin judi ‘Ferrari’ hanya kurang RM10,000.

Itu nasib malang seorang kaki judi tegar yang mengalami kerugian besar akibat penangan daripada aktiviti tidak bermoral itu.

Malah lelaki yang mahu dikenali sebagai Azman, 35 tahun itu pernah ditahan polis beberapa kali sebelum ini menyebabkan dia tidak panik sejurus ditahan dalam operasi di sebuah pusat perjudian di Taman Selayang Segar, di sini, petang semalam.

Azman berkata, walaupun malu setiap kali ditahan polis namun ketagihannya untuk bermain judi mengatasi segalanya menyebabkan dia tidak kisah ditahan polis.

“Mesin judi sudah sebati dengan hidup saya, bila ada masa terluang saya akan pergi ke pusat perjudian walaupun terletak di kawasan yang jauh.

“Ahli keluarga termasuk isteri mengetahui saya suka bermain judi dan mereka memang tidak ambil kisah, mungkin sebab sudah tidak larat nak nasihat lagi,” katanya.

Azman antara sembilan individu termasuk seorang penjaga premis berusia 30 hingga 60 tahun yang ditahan anggota serta pegawai Bahagian Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Serbuan berkenaan dilakukan selepas polis menerima maklumat daripada orang awam iaitu premis berkenaan baru saja dibuka awal bulan ini menjadi tumpuan kepada kaki judi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, sindiket perjudian mengubah modus operandi dengan memberikan baucar kepada individu bagi menuntut wang kemenangan sekali gus mengelak daripada menanggung kerugian lebih besar jika diserbu pihak berkuasa.

Beliau berkata, setiap individu yang memperoleh kemenangan ketika berjudi di premis berkenaan akan diberikan baucar seterusnya boleh dituntut daripada pekerja sindiket terbabit yang sentiasa berada berhampiran kawasan berkenaan.

“Polis juga merampas tiga mesin dan wang tunai RM150 manakala mereka yang ditahan itu dibawa ke IPD Gombak untuk tindakan lanjut,” katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Lesen Motor Cuma Rm200, Ramai Sudah Jadi Mangsa Tipu
Mayat Bayi Sudah Kembung Dalam Beg Galas Di Damansara
Budak 3 Tahun Main Api Punca 12 Terbunuh Dalam Kebakaran Di New York
Identiti Sarjan Faiz Larikan Gadis Raub Sudah Dikenal Pasti
Sudah Keras, Lelaki Mati Duduk Bunuh Diri Dengan Bakar Arang
Kereta Bmw 520i Kes Tikam Gilis Di Jb Sudah Ditemui
Lelaki Main Permainan Virtual Reality Sampai Mati
Digilis Bmw: 2 Suspek Sudah Ditahan Ketika Naik Bmw Sama
Digilis Bmw: Polis Sudah Kenal Pasti 4 Suspek
Remaja Main Bola Sepak Maut Lepas Tersentuh Tiang Elektrik



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 36
Sudah Lebur Rm100,000 Main Mesin Kuda
sukawg
115062
Forum Jump: