Sunah Baring Sebelum Iqamat Solat Subuh Selepas Solat Sunat Sebelum Subuh

Online
07-28-2013, 09:54 AM,
#1
resim

[Soalan 31] Salam ustaz, saya pernah melihat seorang yang agak tinggi ilmu agamanya seringkali berbaring sekejap selepas mengerjakan solat sunat sebelum subuh. Beliau akan bangun apabila dilaungkan iqomah dan solat jemaah. Agak berulang-ulang juga saya melihat perbuatannya. Segan untuk bertanya beliau, jadi soalan saya, adakah ada nas perbuatannya itu?

[Jawapan 31] Waalaikumussalam. Ya, perbuatan berbaring sebelum iqomah solat subuh iaitu selepas mengerjakan solat sunat sebelum Subuh ialah perbuatan yang thabit di dalam sunnah Rasulullah SAW. Agak malang, sunnah ini agak tidak masyhur di kalangan masyarakat kita.


Daripada ‘A-isyah R’anha:
كان النبي - صلى الله عليه وسلم - إذا صلى ركعتي الفجر اضطجع على شقه الأيمن
Mafhumnya: “Adalah Rasulullah SAW, apabila selesai solat sunat sebelum Subuh, baginda akan berbaring di atas rusuk kanan baginda.” (HR al-Bukhari dan Muslim)


Al-‘Allamah Ibn al-Qayyim RH berkata: “Nabi SAW berbaring di atas rusuk kanan selepas menunaikan solat sunat subuh adalah thabit di dalam dua kitab sahih (al-Bukhari dan Muslim) daripada ‘A-‘isyah R’anha.”

Dikatakan bahawa hikmah berbaring sekejap dan bukannya lena tidur ialah untuk mengingatkan kita bahawa kematian akan menjemput bila-bila masa sahaja. Dan manusia apabila mati hanya akan 'berbaring' sementara sahaja di alam kubur sebelum dipanggil untuk menghadapi hisab di hari kiamat, wallahualam.

Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 2274
Sunah Baring Sebelum Iqamat Solat Subuh Selepas Solat Sunat Sebelum Subuh
astrowan
76034
Forum Jump: