Suruh Lelaki Lain Tangkap Ular Dalam Rumah, Isteri Dibelasah Suami

Offline
11-14-2017, 09:03 PM,
#1
resim
Foto hiasan

KULIM - Hanya kerana berselisih faham mengenai ular masuk ke dalam rumah ditangkap lelaki lain menyebabkan suami tergamak membelasah isterinya di kediaman mereka di Kampung Batu Putih, Karangan, Kulim, Sabtu lalu.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, suspek berusia 30-an tidak berpuas hati selepas mengetahui mangsa, 35, memanggil orang lain untuk menangkap ular yang berada di dalam rumah mereka.

Malah suspek mendakwa mangsa berlaku curang dengannya menyebabkan berlaku pertengkaran, kata Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir.

Menurutnya, suspek kemudian terus memukul isterinya dengan menarik rambut, menampar serta menendang wanita terbabit.

"Akibat kejadian itu, mangsa lebam di badan dan tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Kob untuk tindakan selanjutnya.

"Bertindak atas laporan itu, kami kemudian mengesan suspek sebelum berjaya menahannya yang direman empat hari bermula Ahad lalu hingga esok," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Nasir berkata, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya. - Metro

Possibly Related Threads...
Lelaki Islam Dipenjara Curi 6 Tin Minuman Keras Di Speedmart
Nak Isi Minyak Tapi Tiada Duit, Lelaki Mengamuk Lepas Mahu Cagar Mykad Tak Dibenarkan
Lelaki Mati Serta-merta Dihempap Tangki Dedak Ayam
Suami Didakwa Bunuh Lelaki Yang Mencintai Isterinya Di Seremban
Lelaki Dipenjara 4 Bulan Pukul Mak Tiri Suka Marah-marah
Selama 2 Dekad, Wanita Jepun Simpan 4 Mayat Bayi Dalam Baldi
Lelaki Baling Bom Petrol Ke Dalam Surau Di Damansara Damai
Lelaki Malaysia Edar Syabu Mati Ditembak Ketika Larikan Diri Di Indonesia
Lelaki Ditahan Miliki 200 Pil Kuda Sah Anak Husam Musa
Peninju China Didakwa Belasah Isteri Sampai Mati



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 35
Suruh Lelaki Lain Tangkap Ular Dalam Rumah, Isteri Dibelasah Suami
sukawg
113643
Forum Jump: