Suspek Bunuh 2 Anggota Tldm Akan Didakwa Esok

Offline
10-12-2017, 03:34 PM,
#1
resim

IPOH: Suspek kes bunuh dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan pada 29 September lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung, esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee, berkata pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Pendakwaan akan dilakukan di Mahkamah Seri Manjung esok (13 Oktober) jam 9 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, dua anggota TLDM yang ditahan dalam bilik tahanan berkenaan iaitu Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia susulan pendarahan pada paru-paru dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, sebelum ini dilaporkan berkata, tujuh suspek membabitkan anggota TLDM yang bertugas sebagai pengawal di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi itu ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh berkenaan.

Katanya, lima suspek berusia 29 hingga 37 tahun disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Empat lagi termasuk dua yang disiasat mengikut Seksyen 302, turut disiasat mengikut Seksyen 325/506 kanun sama bagi kesalahan mendatangkan kecederaan parah dan menakut-nakutkan secara jenayah berhubung kes mencederakan dua anggota TLDM yang lain ketika berada di pusat tahanan sama.

Reman semua suspek akan berakhir berperingkat iaitu tiga suspek tamat reman esok manakala masing-masing dua pada Sabtu dan Ahad ini. - BHarian

Possibly Related Threads...
Gadis Subang Masih Pantang Didakwa Sembunyi Kelahiran Bayi
Wedding Planner Zurin Jundi Didakwa Hari Ini Tipu Pelanggan
9 Dragon Didakwa Kawal Malaysia, Kutip Rm5 Bilion Sebulan
Langgar Mati Polis Trafik: Pemandu Lori Didakwa Sebabkan Kematian
4 Laskar Kanan Tldm Didakwa Cedera, Ugut 2 Rakan Sekerja
Bunuh Kadet: Kes Disebut Di Mahkamah Tinggi 10 November
Bunuh Suami: Jenazah Selamat Dikebumikan
Bunuh Suami: Wanita Muda 17 Tahun Direman 6 Hari
Anggota Tldm Dibunuh: Isteri Menangis Suami Didakwa Membunuh
Bunuh Anggota Tldm: Seorang Didakwa Membunuh



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 20
Suspek Bunuh 2 Anggota Tldm Akan Didakwa Esok
sukawg
113269
Forum Jump: