Suspek Pecah Rumah Mati Lepas Berbalas Tembak Dengan Polis

Offline
02-13-2018, 11:58 AM,
#1




resim
resim
resim
resim

KOTA KINABALU: Polis menembak mati seorang penjenayah yang disyaki aktif melakukan pecah rumah dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Kayu Madang, berdekatan tangki air, Telipok, Kota Kinabalu, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, suspek berusia lingkungan 20-an maut di lokasi kejadian.

Difahamkan, sepasukan anggota polis yang sedang menjalankan rondaan terserempak dengan suspek menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Ketika polis menghampiri dan meminta suspek berhenti untuk tujuan pemeriksaan, dia bertindak agresif dan melepaskan tembakan.

Berikutan itu, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan balas yang mengenai suspek sebelum disahkan mati di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, sidang media akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berhubung kejadian ini. - BHarian

Possibly Related Threads...
Lelaki Disyaki Cuba Curi Kabel Ditemui Mati Sebelah Tiang Elektrik
Lelaki Ditahan Gara-gara Baling Surat Saman Ke Arah Polis
Sarjan Polis Ditahan Sprm Minta Rasuah Rm13,000
Pelajar Sekolah Ditemui Mati Dalam Longkang Di Kulim
Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang, Lelaki Parah Dibelasah 13 Orang
Amah Mati Didera Di Penang, Wanita Tua Didakwa Membunuh
Amah Mati Didera, Wanita Tua 60 Tahun Akan Didakwa Bunuh Esok
Gadis Cantik Patah Kedua-dua Bahu Lepas Langgar Lembu
Lelaki Ditemui Mati Leher Ditetak, Punggung Disula Di Sarawak
Polis Nafi Lindungi Kegiatan Tarik Kereta



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 21
Suspek Pecah Rumah Mati Lepas Berbalas Tembak Dengan Polis
sukawg
115831
Forum Jump: