Symantec Akan Berpecah Kepada Dua Syarikat Awam

Offline
10-10-2014, 02:23 PM,
#1
resim

NEW YORK: Symantec Corp, pengeluar perisian antivirus Norton akan berpecah kepada dua syarikat senaraian awam, satu menumpukan kepada sekuriti dan satu lagi dalam bidang sokongan dan storan, menjadikannya lebih menarik kepada bakal pelabur.

Langkah Symantec yang sudah memecat dua CEO sejak 2012 kerana saham dan prestasi kewangannya jauh ke belakang berbanding pengeluar perisian lain, mengikut jejak syarikat lain untuk berpecah bagi menaikkan harga saham.

Pemecahan operasi itu juga dijangka menyelesaikan isu pengambilalihan bermasalah yang dibuat Symantec terhadap Veritas pada pertimbangan AS$13.5 bilion kira-kira 10 tahun lalu.

Jualan PC yang lebih perlahan turut menjejaskan jualan sistem sekuriti Symantec, manakala penurunan permintaan untuk perisian pengurusan data dan storan, menyusutkan nilai Veritas, yang sebelum ini dilihat sebagai penjana tunai utama ketika dibeli.

"Symantec adalah pelaburan bermasalah kepada pelabur teknologi sejak 10 tahun lalu," kata penganalisis di FBR Capital Markets, Daniel Ives.

"Memang elok lembaga pengarah membuat keputusan itu sekarang yang akan memberi manfaat kepada syarikat dan pelabur."

Pemecahan operasi itu menokok kepada senarai panjang syarikat teknologi yang akan dipecahkan tahun ini. Lebih 60 syarikat dijangka menyelesaikan pemisahan tahun ini, paling banyak sejak tahun 2000, mengikut data daripada Spin-Off Research.

Antara yang pemecahan operasi yang baru diumumkan termasuk Hewlett-Packard Co yang memisahkan bahagian PC dan pencetak daripada unit perkakasan korporat dan khidmat operasi. Syarikat lelong online, eBay kini mengasingkan bahagian pembayaran elektronik PayPal.

Antara pembeli berpotensi bagi dua perniagaan Symantec yang masih bertahan termasuk Cisco Systems Inc dan NetApp Inc, kata penganalisis di Piper Jaffray, Andrew Nowinski dalam satu nota penyelidikan.

"Selepas dipecahkan, akan ada dua syarikat iaitu satu yang menumpukan kepada aliran tunai dan satu lagi kepada pendapatan," kata ketua pegawai pelaburan Solar Asset Management, Tim Ghriskey.

Pendapatan Symantec jatuh tiga peratus kepada AS$6.7 bilion (RM35.16 bilion) kerana perniagaan storannya terjejas teruk. Untung operasi bahagian perniagaan itu jatuh 19 peratus kepada AS$574 juta apabila pendapatan susut empat peratus kepada AS$2.5 bilion.

Pemecahan bahagian perniagaan Symantec dijangka selesai menjelang hujung tahun depan. - Reuters

Possibly Related Threads...
Wikipedia Padam Artikel Pujian Dan Penghormatan Kepada Rasulullah



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 707
Symantec Akan Berpecah Kepada Dua Syarikat Awam
sukawg
89140
Forum Jump: