Syria - Terkini Tentang Nasib Rakyatnya Di Sana.

Offline
01-10-2017, 02:01 PM,
#1
Offline
01-12-2017, 11:38 AM,
#2
11/1/2017

Nampaknya, serangan udara semalam bukan hanya di kawasan luar bandar Aleppo, dan Taftanaz di Idlib, malah Ma'arat al-Na'san di bahagian utara Idlib juga terkena sasaran serangan tentera Rusia laknatullah. Dikhabarkan juga Rastan di Homs, dan kawasan di al-Marej di Damsyik turut menerima nasib yang sama.

Hasbunallahu wa ni'mal wakeel
Offline
01-12-2017, 09:20 PM,
#3
TERGEMPAR DARI ALEPPO BARAT!

10 pagi tadi (waktu tempatan) satu serangan hebat telah menyerang sebuah kawasan perkampungan Babkah di Aleppo Barat!
5 terkorban dan ramai yang cedera akibat daripada serangan menggila ini.
Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.

Anak-anak kecil ini antara mangsanya!! Bashaar makin gila! 12/1/2017


resim
Offline
01-13-2017, 02:50 PM,
#4
TERKINI DARI SYRIA!
SERANGAN DI BABKEH!
12/1/2017

Setakat ini 8 dilaporkan maut dalam serangan udara yang dilancarakan di Babkeh, 6 daripadanya adalah KANAK-KANAK! dan 15 orang lagi mengalami kecederaan. Hasbunallahu wa ni'mal wakeel.

Tidak cukupkah 2016 yang penuh dengan tragedi? Adakah Bashaar ingin menambahkan lagi jumlah kematian rakyatnya sendiri pada tahun 2017 ini?


resim
Offline
01-13-2017, 02:51 PM,
#5
Berita terkini Syria!!
Israel menyerang Syria!!
13/1/2017

Baru sahaja kami terima!
Sebuah pengkalan tentera udara di Mezzah Damsyik di katakan diserang oleh roket Israel yang berada di bukit Golan, serangan ini menyebabkan berlakunya letupan yang kuat dan asap yang tebal di pengkalan tentera tersebut.

Pihak rasmi tentera Israel masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi.


resim
Offline
01-18-2017, 02:25 PM,
#6
Lagi serangan AMERIKA di Syria!!

17/1/2017
Semalam pengganas Amerika melacarkan beberapa siri serangan udara di wilayah Idlib menyebabkan beberapa perumahan awam musnah, antara kawasan yang diserang adalah di Atmenh, Binnish dan Taftanaz.

Nampaknya kerjasama Amerika, Rusia, Rejim Bashar dan Iran Syiah terhadap rakyat Syria semakin jelas pada tahun 2017 ini.

Kerjasama membunuh rakyat Syria atas nama menghapuskan pengganas? Tentu sekali!

(Daesh atau IS bukan berada di wilayah Idlib mereka di Raqqa, Al Bab dan Deer Zor)
Offline
01-22-2017, 11:04 AM,
#7
Detik-detik pertama mengeluarkan mangsa yang mati dan cedera yang diserang oleh pengeboman udara di bandar Kfarahlb di Aleppo desa
20/1/2017

Melihat betapa seksanya keadaan mereka.
kita boleh mainkan peranan kita untuk menyelamatkan mereka!

https://www.facebook.com/syria.care/videos/1214244431995726/
Offline
01-23-2017, 05:13 AM,
#8
Beratus-ratus orang awam yang melarikan diri rumah mereka di Swediya kerana pertempuran di sana antara Daesh dan SDF - Raqqa24.

Orang awam yang terperangkap di tengah-tengah ini menerima padahnya akibat peperangan ini.

resim
Offline
01-24-2017, 11:32 AM,
#9
APA DOSA SI KECIL INI?

Menjadi mangsa serangan rejim di bandar Sarmen, Idlib yang dilepaskan semalam 22/1/2017 ke arah kawasan penempatan rakyat awam. Hasbunallahu wa ni'mal wakeel

Apakah orang yang menghelakan bom ke arah anak-anak ini tiada rasa kasihan??

resim
Offline
01-24-2017, 06:09 PM,
#10
resim
Offline
01-26-2017, 02:05 PM,
#11
resim
Offline
02-04-2017, 10:41 AM,
#12
"Ada sesiapa tak disini?"
"Ada sesiapa tak?"

Itulah persoalan yang berulang-ulang kali dilaungkan ketika pasukan penyelamat dalam misi mencari mangsa yang berbaki selepas serangan dijatuhkan di kawasan tersebut. Serangan ke atas bandar Douma lewat petang semalam 3/2/2017 (waktu Malaysia)

#SCnews

https://www.facebook.com/syria.care/videos/1226931670727002/
Offline
02-09-2017, 10:28 AM,
#13
PEMANDU AMBULANS MAUT DIDEPAN MATA!

Ketika dia sedang dalam misi menyelamatkan mangsa, van ambulans yang dipandunya pula diserang oleh tentera Bashaar. Tepat pada tempat duduk pemandu-dan dia maut di situ!

Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.

Erbin, Timur Ghoutah 7/2/2017


https://www.facebook.com/syria.care/videos/1231706140249555/
Offline
02-14-2017, 07:57 PM,
#14
Reaksi cemas dari bandar Douma!

Siapa yang tidak takut setelah rumahnya sendiri di BOM oleh rejim Bashaar di Syria? Dengan anak kecil masih dipelukan.. Yang penting mereka lari jauh.. jauh.. dan jauh dari tempat kejadian!

Ayuh bersama mereka #WithDouma dan DOAKAN mereka!

https://www.facebook.com/syria.care/videos/1235576729862496/
Offline
02-17-2017, 11:29 AM,
#15
"Ya Baba.. Tolong saya.."

Rintihan si anak yang hancur kedua kakinya dalam serangan di Idlib semalam 16/2/2017.

Allah.. Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa menjadi mangsa!

https://www.facebook.com/syria.care/videos/1239625546124281/



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 53 <<>> Dilihat: 1808
Syria - Terkini Tentang Nasib Rakyatnya Di Sana.
Reez Ramsey
106981
Forum Jump: