Syria - Terkini Tentang Nasib Rakyatnya Di Sana.

Offline
06-12-2017, 03:30 PM,
#46
JARUM SYIAH DI ALEPPO SYRIA!!

Operasi meng'SYIAH'kan warga Aleepo Syria sudah bermula.

Selepas rejim Bashar yang dibantu tentera bantuan Syiah Iran, Lubnan dan Iraq menawan bandar Aleppo, bermula fasa kedua niat jahat mereka untuk meng'Syiah'kan warga Aleppo Syria, mereka memulakan dengan kanak-kanak dan orang awam.

Hari ini mereka menggantung 'AllahuAkbar' untuk menarik perhatian warga Alleppo selepas ini 'ya Hussein!'
Nauzubillahminzalik!!

Semoga negara kita sendiri terus kuat menentang ajaran sesat Syiah yang menggunakan keluarga Rasulullah s.a.w sebagai modal untuk mereka mengaku kononya apa yang mereka anuti itu ajaran Islam.

Deir Hafr
Aleppo
11/6/2017




resimresim
Offline
06-14-2017, 10:56 AM,
#47
Serangan BOM NAPALM terkini di Dar'aa !

Sekeping foto ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa dahsyatnya pengeboman di Dar'aa. Beginilah keadaan di Dar'aa setiap hari! Dibom, dibedil tanpa ada belas kasihan.

Serangan ini di kawasan Tariq Al-Sad dan Kem Dar'aa semalam 13/6/2017
Hasbunallahu wa ni'mal wakeel.

Seolah-olah bom itu terlalu murah untuk "ditabur" di Syria!



resim
Offline
06-14-2017, 09:46 PM,
#48
Anak Kecil Digilis Motor

Adik Bashar Al-Shalabi ditemui mati dengan kesan geseran tayar motorsikal milik rejim Bashar yang telah menggilis beliau di bandar Aleppo.

Menurut laporan Qasioun News, mereka menyatakan bahawa kejadian tersebut mengakibatkan mangsa mengalami keretakan serius di bahagian kepala, peha dan punggung.

Selain itu, kejadian ini bukanlah kali pertama berlaku kerana sebelum ini terdapat kejadian yang sama melibatkan seorang doktor yang dilanggar lari menggunakan kereta dan mati ditempat kejadian.

Berita lanjut di: http://qasioun.net/en/news/show/74934/Again,_Syrian_Regime_Forces_Run_Over_A_Poor_Child

https://www.syriacare.org.my/


resim
Offline
06-16-2017, 09:47 PM,
#49
Sebak tengok kanak².



Kami ingin anda tahu...

Bahawa ANDA telah menjadikan Ramadan ini ISTIMEWA buat mereka!

TERIMA KASIH MALAYSIA!

https://www.facebook.com/syria.care/videos/1358628924223942/
Offline
06-16-2017, 09:49 PM,
#50
SUMBANGAN IFTAR UNTUK SYRIA

Semalam (15hb Jun 2017) adalah hari terakhir untuk pihak kami menerima sumbangan penajaan Iftar untuk Syria.
Namun di atas permintaan yang kami terima dari orang ramai yang belum sempat menyertai program ini dan mereka yang ingin teruskan menyumbang dan MEREBUT PAHALA di 10 MALAM TERAKHIR Ramadan ini, pihak Syria Care mengambil keputusan untuk MELANJUTKAN TAJAAN IFTAR.
Tetapi sehingga hari ISNIN, 19 JUN 2017 jam 12 tengahari SAHAJA!

Kita mahu bantuan sempat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Jadi JANGAN tunggu lagi!
JOM FASTABIQUL KHAIRAT!

#KRAK5
#Letsbepartofarealsolution
#LetsTOPupourbankAKHIRAT

Cara-cara untuk menaja:
?Anda boleh melakukan transaksi ke salah satu akaun bank Syria Care:
1. CIMB Islamic : 8601 89 4560
2. Maybank Islamic : 5621 0665 3575
3. RHB Islamic : 2622 5000 021775
4. Affin Islamic : 1059 9004 0004

?Atau klik butang "Donate"
1. Di sebelah kanan atas FB Syria Care
2. Di website Syria Care https://www.syriacare.org.my/
3. Untuk transaksi melalui JomPay sila masukkan maklumat berikut : (Biller Code : 2113) (Ref : KRAK5)

?Untuk tujuan rekod harap hantarkan bukti transaksi anda ke Pegawai Kewangan:
1. Di talian 011 2880 9820 (Whatsapp/SMS)
http://www.wasap.my/601128809820
ATAU
2. Emelkan ke financemanager.syriacare@gmail.com
Offline
11-14-2017, 10:52 AM, (This post was last modified: 11-14-2017, 10:53 AM by Reez Ramsey.)
#51
SERANGAN KE ATAS AL-ATAREB , ALEPPO
13/11/17

Anak ini bukan zombie.
Bukan juga mabuk hingga berjalan terhoyong-hayang begitu.
Tetapi dia baru sahaja terselamat keluar dari runtuhan rumahnya.
Boleh bayangkan tak trauma yang sedang dia lalui?

Hasbunallahu wa ni'mal wakeel.


Offline
11-14-2017, 10:53 AM, (This post was last modified: 11-14-2017, 10:53 AM by Reez Ramsey.)
#52
Tanpa sebab yang kukuh bandar Atareb di Aleppo diserang dengan begitu dahsyat semalam oleh tentera Bashaar/Russia!
Sehingga kini angka tepat kematian belum dapat dipastikan namun lebih dari 47 orang telah mati di dalam serangan ke atas pasar awam yang terkenal di sini!
Dalam kejadian yang sama lebih 100 orang tercedera.

Hasbunallahu wa ni'mal wakeel!

Penderitaan mereka tiada hentinya!



Offline
11-23-2017, 01:48 PM,
#53
Bashar Berundur?

Pertemuan antara Presiden Rusia, Vladimir Putin dengan Presiden Iran, Hassan Rouhani dan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Rabu di Sochi, di pinggir Laut Hitam tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat Syria.

Sebaliknya ia dilihat sebagai strategi negara berkenaan bagi memastikan pengekalan pengaruh masing-masing di negara itu.

Pandangan berkenaan dikongsi pengasas Syria Care Shaikh Samir Sakka, yang berpandangan fasa baru penyelesaian konflik yang diwar-war Putin itu hanya strategi pihak yang berkepentingan.

"Rusia akan terus berada di Syria, kerana ia menjadi satu-satunya negara di Asia Barat yang menempatkan pengkalan tenteranya.

"Begitu juga Iran yang akan memperkukuh kuasanya bagi mengimbangi Arab Saudi di rantau itu, khususnya sokongan kepada Hizbullah di bahagian selatan Lubnan", katanya melalui sistem pesanan suara Whatsapp.

Menyentuh mengenai Turki, beliau berkata, Ankara dikatakan menggunakan wilayah Syria untuk menjaga kepentingannya sebagai kawasan penampan daripada pemisah Kurdish yang berjuang untuk menubuhkan negara sendiri.

Bahkan penempatan pelarian yang dibina di beberapa bahagian utama di utara Syria yang bersempadan dengan negara itu, juga dilihat sebagai "benteng manusia" bagi menghalang dan menyekat operasi kumpulan pemisah Kurdish khususnya Kurdish Peoples' Protection Units-YPG, yang selama ini disokong Amerika Syarikat dan Rusia.

Menyentuh mengenai pertemuan antara Putin dengan Bashar pada Isnin lalu, juga di Sochin, Sheikh Samir melihat ia sebagai persediaan Bashar untuk berundur selepas menyembelih hampir setengah juta rakyatnya.

"Saya menjangkakan Bashar akan berundur akan diganti dengan tokoh lain yang berfahaman Ahlu Sunnah. Namun begitu, penggantinya akan berfungsi sebagai boneka kepada Putin", katanya.

Pada pertemuan itu, Putin dipetik sebagai berkata akan terus menyokong regim dalam fasa baru selepas kempen ketenteraan tamat.

Kata-kata itu sekali lagi diikrarnya pada Rabu selepas dua jam berunding rakan sejawatan dari Iran dan Turki.


resim
Offline
11-23-2017, 01:50 PM,
#54
Pembabitan Iran di Mosul, Aleppo usaha Syiah hapus Ahli Sunnah


Serangan terhadap Mosul di Iraq dan Aleppo di Syria tidak jauh bezanya sebagaimana kita bayangkan.

Memang benar, kedua-dua bandar itu terletak di negara berbeza. Memang benar pasukan keselamatan Iraq berjuang menentang IS atau Daesh, sementara Tentera Arab Syria pula berjuang menentang gabungan kumpulan pembangkang Syria yang membentuk Tentera Aleppo.

Memang benar, Russia juga terbabit dalam kemusnahan Syria, manakala Amerika Syarikat (AS) sudah memusnahkan Iraq.

Tetapi atas keyakinan apa, Iran terbabit dalam kedua-dua pertempuran, sama ada di Mosul atau Aleppo? Manfaatnya bagi Syiah Iran ialah mereka dapat menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Itulah tujuan mereka.

Sekarang, tiada rahsia lagi bahawa Syiah Iran dan mullah mereka mendapat lebih manfaat daripada huru-hara yang ditinggalkan rancangan gila bekas Presiden AS, George W Bush, kononnya untuk membawa masuk demokrasi ke Iraq pada 2003.

Syiah Iran, setelah mewujudkan pertubuhan pengganas sejak lewat 1970-an, berjaya menyusup dan ‘memakai baju’ Parti Dawa Iraq (bertanggungjawab melakukan serangan pengganas di Iraq, Kuwait, Lubnan dan tempat lain), dan meletakkan anggotanya dalam pejabat tertinggi Iraq.

Perdana Menteri Iraq sekarang, Haider Al-Abadi dan pemimpin terdahulu, Nouri Al-Maliki berasal daripada parti yang sama ditaja Tehran.

Sebelum 2003, hanya sedikit yang mengetahui perbezaan antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah, walaupun sesetengahnya tinggal di dunia Arab.

Bagaimanapun, selepas sokongan Iran terhadap sektarianisme berleluasa di Iraq, dan ribuan orang dibunuh kerana memiliki nama Ahli Sunnah atau tinggal di kawasan dianggap suci oleh Syiah Iran, dunia tiba-tiba mula mengaitkan semua keganasan ini dengan peristiwa yang berlaku lebih seribu tahun lalu.

Namun, masalah di Iraq mempunyai lebih banyak kaitan dengan politik, kuasa dan cita-cita Iran, berbanding isu agama.

Tidak puas dengan kuasa baru dan pengaruh yang diperoleh daripada bekas musuh – Iraq – kerajaan Tehran meneruskan kemesraan dengan rejim Syria diterajui keluarga Bashar Al-Assad.

Iran bangkit menyokong pertubuhan Syiah di Lubnan – Hezbollah – yang selalu menyanyi dan menari, kononnya menentang peluasan kuasa Zionis Israel. Realitinya, Israel hanyalah alasan untuk perluasan kuasa Iran itu sendiri melalui proksi pengganas seperti Hezbollah.

Hubungan dan kerjasama strategik dengan rejim Assad menjadi penting apabila tercetusnya Revolusi Syria pada 2011, dan dengan cepat bertukar menjadi ganas selepas rejim Assad mula membunuh orang awam yang tidak berdosa.

Ini termasuk, kanak-kanak seperti Hamza Al-Khateeb, 13 tahun, yang mayatnya diserah kepada keluarganya dalam keadaan cacat pada 2011, di mana kemaluannya dipotong kejam oleh polis rahsia Syiah ‘mukhabarat’, selepas diseksa hingga meninggal dunia.

Syiah Iran segera menempatkan proksinya di belakang kekejaman dilakukan Assad, dan melihat wujudnya peluang keemasan untuk menghapuskan Ahli Sunnah dalam revolusi Syria, dan pada masa sama membuatkan diktator Syria berada dalam keadaan terhutang budi kepada mullah mereka. Sedangkan, tanpa Iran dan Russia, rejim Assad sudah sudah lama runtuh.

Syiah Iran kini berazam untuk menghapuskan musuhnya yang boleh menyekat rancangan dan harapannya untuk membawa masuk revolusi Islam Ayatollah Khomeini, ke dalam negara-negara jirannya. Musuh itu, sudah pastinya, Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mewakili demografi terbesar di rantau ini.

Jika orang Arab Ahli Sunnah ini mengendalikan sendiri takdir mereka, daripada mengadakan hubungan dengan negara Barat yang bertentangan dengan kepentingan rakyat mereka sendiri, Iran tidak mungkin berkuasa sebagaimana sekarang ini.

Syiah Iran menyedari hal ini dan sebab itulah mereka bukan sahaja memusnahkan benteng tamadun Arab Ahli Sunnah, seperti Mosul dan Aleppo, tetapi juga idea dan identiti apa yang dimaksudkan untuk menjadi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sebahagian besar daripada berjuta-juta pelarian dari Timur Tengah yang membanjiri Eropah dan negara- negara lain di seluruh dunia adalah orang Arab dan Ahli Sunnah Wal Jamaah – ia adalah salah satu kempen mengurangkan penduduk terbesar dalam sejarah manusia.

Lebih kecil, tetapi tidak kurang menakutkan, contohnya di rantau Timur Tengah, (termasuk pembersihan mazhab dan sekatan etnik yang dapat dilihat dengan jelas di tempat-tempat seperti Samarra di Iraq dilakukan Syiah Iran), di mana Ahli Sunnah diarah keluar dalam usaha untuk mewujudkan zon orang Syiah, dan koridor selamat Syiah dari Iran melalui Iraq dan seterusnya ke Syria.

Syiah Iran melakukan semua jenayah terhadap Ahli Sunnah secara langsung menerusi Kor Pengawal Revolusi (IRGC) atau secara tidak langsung melalu banyak proksinya, dan menggunakan militan IS atau Daesh, sebagai pelindung aktiviti mereka.

Dengan mendakwa untuk melawan keganasan, mullah Syiah menjadikan tujuan memulihkan keamanan dan ketenteraman di sesuatu wilayah, yang sekarang ini digunakan oleh imperalis seluruh dunia. Sedangkan sebenarnya mereka merompak kebebasan dan kehidupan rakyat di wilayah berkenaan, seperti di Mosul dan Aleppo.

Cuba tanya orang ramai mengenai AS yang, kononnya ‘berjuang menentang keganasan’ di Iraq dan Afghanistan dan memusnahkan kedua-dua negara itu; atau tanya mengenai Russia, yang mendakwa ‘menentang keganasan’ di Syria, sebaliknya kedua-dua kuasa besar itu membunuh ribuan orang awam Syria, Iraq dan Afghanistan, yang tiada kaitan langsung dengan pengganas atau politik.

Sesungguhnya, Iran dikenal pasti sebagai negara yang mendapat banyak manfaat daripada kewujudan IS atau Daesh, yang mulanya diwujudkan oleh ekstremis Syiah dan kemudian dikuasai ekstremis Ahli Sunnah.

Daesh hanyalah alasan buat Syiah Iran untuk melakukan kerosakan terhadap Ahli Sunnah Wal Jamaah. Satu- satunya negara yang tidak pernah diserang oleh IS atau Daesh ialah Iran.

Walaupun, ada keraguan bahawa AS di bawah Donald Trump tidak lama lagi, akan melakukan apa saja bagi mengurangkan dasar Iran mengenai ketenteraan, keraguan juga timbul bahawa mullah-mullah Syiah ini akan mengekalkan dasar imperialisme mereka.

Orang Arab berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah mewakili majoriti penduduk di Timur Tengah. Kemusnahan bandar Ahli Sunnah, seperti Aleppo dan Mosul, tidak mampu memadam Ahli Sunnah daripada muka bumi ini, walaupun rejim Iran berkehendakkannya.

Tidak dapat tidak, Ahli Sunnah Wal Jamaah, akan bersatu kembali untuk menolak ancaman dan pembunuhan oleh Syiah. Apabila masanya tiba – pastinya akan datang – rejim Syiah Iran akan menyesali kerana membuat keputusan untuk bergerak jauh ke barat pergunungan Zagros dan memasuki tanah Ahli Sunnah Wal Jamaah.


resim



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 53 <<>> Dilihat: 1794
Syria - Terkini Tentang Nasib Rakyatnya Di Sana.
Reez Ramsey
106981
Forum Jump: