Nick:  
Pass:    
RegisterHelpMember ListView New PostsView Today's Posts

TOKOH CENDEKIAWAN ISLAM

02-25-2011, 11:49 AM (This post was last modified: 02-25-2011 11:55 AM by flyangler.)
Post: #1
TOKOH CENDEKIAWAN ISLAM >> wangolds.com
Di sini aku mengajak para forumers untuk mengetahui dan mengenali beberapa Tokoh Cendekiawan Islam yang masyhur dengan berbagai-bagai kepakaran. Aktiviti mereka tidaklah tertumpu kepada urusan agama, ekonomi dan sosiopolitik semata-mata, tetapi membuat penyelidikan mengikut pengamatan dan penemuan mereka. Keunggulan mereka menjadi gambaran kegemilangan ilmu pada zaman itu. Mereka telah membuka ruang baru dan menjadi perintis dalam memperkenalkan pelbagai bidang ilmu selain melanjutkan penemuan ilmu2 yang diterokai oleh cendekiawan Yunani. Penyelidikan demi penyelidikan dibuat dalam usaha mencari teori penemuan mereka di samping mencipta displin2 yang menjadi teras dan tunjang keberkesanan sesuatu ilmu. Antaranya ialah ilmu matematik, perubatan, kimia, sosiologi, pelayaran dan falsafah. Kepakaran dan idea mereka telah diambil dan dijadikan asas perkembangan ilmu di Barat serta dimanfaatkan sebaiknya oleh mereka.

AL-QAZWINI – Tokoh Ilmu Geologi

Beliau merupakan seorang pengembara yang hidup pada kurun ke-13 Masihi. Beliau menjelajah dengan kuda ke seluruh Parsi, Iraq dan Syam sehingga berjaya menemui rahsia bumi dan bahan galian. Al-Qazwini telah menemui kaedah pusingan bumi mengelilingi matahari di atas paksinya. Selain itu, beliau ialah orang yang pertama mengasaskan ilmu geologi dan menyebarkan kepada setiap golongan masyarakat melalui sastera rakyatnya.

IBN YUNUS – Tokoh Ilmu Kaji Cuaca

Beliau merupakan seorang ahli kaji cuaca yang hidup pada kurun ke-11 Masihi. Beliau telah mengkaji satu kawasan khas yang tinggi di Hilwan. Tempat kajiannya terletak di atas Bukit Muqattam di Kaherah. Ibn Yunus ialah orang terawal yang mengkaji ruang udara dan melengkapkan jadual pusingan musim yang terbahagi kepada empat. Di samping itu, beliau telah mengasaskan ilmu logaritma sebelum John Niber lagi. Dalam bidang matematik pula, beliau mencipta cara mudah menggunakan formula garis pusat sebelum Simpson. Beliau merupakan ahli fizik Arab yang agung dalam bidang kaji cuaca pada zaman pertengahan.

AZ-ZAHRAWI – Tokoh Ilmu Pembedahan

Az-Zahrawi merupakan seorang pakar pembedahan yang hidup pada kurun ke-10 Masihi. Beliau telah memperkenalkan teknik kejururawatan dan mencipta alat pembedahan daripada keluli bagi menggantikan emas dan perak, juga teknik terbaru pembedahan secaran luaran dan dalaman. Di samping itu, az-Zahrawi telah menulis buku perubatan bergambar. Pakar perubatan Eropah mengetahui ilmu pembedahan melalui buku-buku penulisan beliau.

IBNUL-‘AWWAM – Tokoh Ilmu Pertanian

Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang pertanian dan ternakan, yang hidup pada kurun ke-12 Masihi di Ashbiliyyah, Andalusia. Semasa kecil lagi beliau amat berminat dengan tanah dan tanam-tanaman. Tokoh ini banyak menghabiskan usia di ladang milik ayahnya. Ibnul-‘Awwam telah mengarang sebuah buku tentang pertanian yang berjudul Kitabul-Filahah. Kitab dua jilid ini mengandungi pelbagai jenis teori tentang pembahagian tanah dan tanam-tanaman, haiwan mamalia, burung dan bunga. Selain itu beliau juga telah berjaya mencipta satu kaedah untuk menghasilkan pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni dan menghasilkan buah epal di luar musim.

AL-KASHI – Perintis Ilmu Pecahan

Beliau hidup di era Moghul mengusai rantau Asia dan Eropah Timur pada kurun ke-15 Masihi. Beliau telah berjaya mendirikan sebuah balai cerap terbesar di Samarqand. Tokoh ini juga berjaya mencipta alat penentu waktu. Selain itu, beliau turut mengarang sebuah buku matematik dan astronomi yang berjudul Miftaahul-Hisaab. Buku ini menjelaskan tentang kaedah pecahan sepuluh sebagai asas pengiraan. Di samping itu, al-Kashi juga telah membuka laluan kepada penemuan ilmu-ilmu logaritma, gandaan dan sepadu dan buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di Eropah.

IBNUR-RAZZAZ - Tokoh Kejuruteraan Arab

Seorang tokoh dalam ilmu kejuruteraan Arab dan hidup di tebing Sg. Dajlah pada kurun ke-12 Masihi. Beliau dianugerahkan kemahiran dalam bidang mekanikal khususnya mengenai teori hidraulik dan dinamik. Ibnur-Razzaz telah mengarang tiga jilid buku tentang keunikan alat-alat ciptaannya yang boleh bergerak dengan sendiri. Beliau menjelaskan proses penciptaan dan pembuatan peralatan yang mengkagumkan ini. Peralatan teknologi yang canggih ciptaan beliau ini telah digunakan di tiga buah bandar utama pada zamannya. Dengan kejayaan ini, ilmuwan Barat telah mengiktiraf keilmuan beliau sebagai kemuncak pemikiran Arab Islam.

IBN HAMZAH – Perintis Ilmu Logaritma

Seorang tokoh ilmuwan Arab Islam yang hidup pada kurun ke-16 Masihi. Beliau diputerakan di Algeria. Beliau mendapat pendidikan awal dan menengah di Turki. Semasa di Makkah, Ibn Hamzah telah menghasilkan sebuah karya agung dalam bidang matematik yang berjudul Tuhfatul-‘Aidad liz Zawir-Rushd was-Sadad. Di dalam buku itulah, terciptanya teori logaritma yang pertama di dunia. Penciptaan teori ini mendahului teori garapan John Naber, iaitu seorang tokoh matematik Scotland selama hampir suku abad. Jadi, amat sesuailahIbn Hamzah dinobatkan sebagai tokoh ilmuwan yang menjadi kebanggaan umat Islam hari ini.

AZ-ZARNUJI – Tokoh Pendidikan dan Pedagogi

Beliau merupakan seorang ilmuwan Arab-Islam yang hidup pada kurun ke-6 Hijarah bersamaan kurun ke-12 Masihi di tebing Sg. Sayhun. Az-Zarnuji ialah salah seorang tokoh ilmu pendidikan dan pedagogi pada zaman pertengahan dan banyak menghasilkan buku yang terkenal dalam bidang tersebut. Melalui buku-buku inilah, beliau mengajar tentang metodologi dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Karya-karya az-Zarnuji ini telah diterjemahkan ke beberapa bahasa asing lain seperti bahasa Latin, Inggeris dan Jerman. Pandangan dan idea beliau banyak mempengaruhi senario pendidikan pada zamannya dan era selepasnya.

THABIT BIN QURRAH – Perintis Ilmu Kalkulus

Thabit bin Qurrah merupakan seorang ilmuwan Arab Islam yang hidup pada kurun ke-3 Hijrah bersamaan kurun ke-9 Masihi. Beliau mendapat pendidikan di kota Riqqah. Thabit pernah menghasilkan 260 buah buku dan makalah dalam bidang matematik, astronomi, muzik, perubatan, mantik dan kejuruteraan. Thabit juga berjaya menyelesaikan persamaan kuadratik dalam bidang matematik melalui gabungan ilmu algebra dan kejuruteraan. Sehubungan itu, beliau menjadi pengasas terulung dalam bidang matematik kalkulus, 600 tahun sebelum kehadiran Decard, Cardan dan Beacon. Thabit dianggap ‘genius’ dan berotak geliga sehingga menjadikan umat Arab dikenali sebagai bangsa yang pandai mencipta dan meneroka pelbagai bidang keilmuan.

IBN MALAKA – Tokoh Ilmu Kinetik

Beliau merupakan seorang doktor perubatan, ahli falsafah dan ilmuwan besar berbangsa Arab. Beliau hidup pada kurun ke-6 Hijrah bersamaan kurun ke-12 Masihi. Ibn Malaka amat terkenal sebagai doktor perubatan pada zamannya. Di samping itu, beliau berjaya meyempurnakan penulisan ensiklopedianya yang berjudul al-Mu’tabir fil-Hikmah (Menyingkap Hikmah Kejadian). Karya ini dihasilkan selepas beliau hilang penglihatannya. Melalui karyanya itu, Ibn Malaka berjaya meneroka prinsip ilmu kinetik sebelum munculnya Da Vinci, Galileo dan Isaac Newton dengan menulis tentang prinsip asas ilmu kinetik dan jenis-jenisnya.

~sumber dari Dewan Bahasa dan Pustaka~

Possibly Related Threads...
2 Peninju Paling Hebat Dlm Sejarah Dunia Menerima Islam Sebagai Agamanya
Muzium Kesenian Islam Doha,qatar.
Masjid Bandar Sda Kota Kinabalu Kebanggaan Umat Islam Di Sabah Sejak Tahun 1974.
10 Tokoh Tentera Terkenal Ketika Perang Dunia Ke 2
Offline
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
02-25-2011, 01:20 PM
Post: #2
RE: TOKOH CENDEKIAWAN ISLAM >> wangolds.com
begitu hebat cendikiawan islam
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
Post Reply 

[-]
Facebook Comments 

Forum Jump:

User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)
replies: 1 and views: 2533
TOKOH CENDEKIAWAN ISLAM
flyangler
1826

Powered By MyBB, © 2002-2014 MyBB Group. Form Contact Us RSS Syndication
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on wangolds.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of wangolds.com or it's owner. wangolds does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE

Online Users
There are currently 99 online users.
» 0 Member(s) | 99 Guest(s)

GREATEST BROKER FX 2014