Tahap Kerahsiaan Siasatan Mh17 Luar Biasa

Offline
07-23-2015, 02:48 PM,
#1
resim

Keputusan Ukraine untuk merahsiakan laporan baharu kemalangan pesawat MH17 setahun lalu mencadangkan negara itu tidak mengendahkan Rusia selain memalukan negara itu dan Amerika Syarikat (AS), kata wartawan veteran AS, Robert Parry menerusi nota mengenai kemalangan yang menimpa pesawat milik Malaysia Airlines kepada Sputnik.

Pesawat MH17 terhempas di daerah Donetsk, timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai tahun lalu. Kesemua 298 penumpang termasuk anak kapal terkorban.

"Jika Amerika Syarikat mahu mengaitkan Rusia - dan analisis-analisis menemui lebih banyak bukti untuk berbuat demikian - kenapa maklumat tersebut tidak diumumkan kepada orang awam?" kata Parry.

Parry menyimpulkan jawapan yang logik adalah bukti yang telah menyimpang dari arah yang berlainan yang tidak menyokong naratif propaganda AS.

"Oleh itu, tirai 'merahsiakan' (laporan) telah dilabuhkan ketika aset-aset 'kuasa lemah' AS bebas untuk membina kes yang mengikut keadaan semasa terhadap Rusia," katanya.

Parry mula dikenali pada tahun 1980 an kerana peranan utamanya dalam membantu mendedahkan skandal Iran.

"Berdasarkan skop tragedi ini dan hubungan Amerika-Rusia yang signifikan, tindakan (AS) ini berlawanan daripada yang boleh diterima,".

Pemerhatian Parry mendapati kerahsiaan sekitar penyiasatan kemalangan itu dalam tempoh setahun adalah terlalu janggal, malah luar biasa, sehingga mewujudjkan syak wasangka dengan tidakan berdiam diri dilihat bermotifkan politik dari Washington.

"Ia adalah luar biasa, tahap kerahsiaan pada penyiasatan ini. Pada kebiasaannya, tragedi yang melibatkan pesawat disiasat secara telus kerana ingin meyakinkan orang ramai," katanya.

Malah penyiasatan yang membabitkan perkara sensitif politik, seperti pesawat KAL-007 milik Korean Air yang ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Rusia pada 1983 dan pesawat Iran yang juga ditembak jatuh oleh AS di Teluk Parsi pada 1988 adalah 'lebih telus daripada penyiasatan ketika ini yang terlalu kabur," kata Parry.

Wartawan veteran itu menolak pendapat yang mengatakan penyiasatan kemalangan MH17 perlu kekal dirahsiakan kerana ia adalah tidak wajar.

"Alasannya ialah ia adalah siasatan terbuka dan oleh itu, perisik AS dan entiti lain tidak boleh membuka mulut mengenainya adalah semata-mata dilihat tidak munasabah," katanya.

Penyiasatan kemalangan kapal terbang yang mengaitkan pengganas sebelum ini adalah lebih terbuka daripada penyiasatan MH17, kata Parry. Beliau berkata, siasatan pesawat Pan American 103 yang dibom di ruang angkasa Lockerbie, Scotland pada 1988 adalah contoh siasatan yang lebih terbuka.

"Sebaik sahaja nahas MH17 berlaku, pihak berkuasa Ukraine 'serta merta menolak desas desus media sosial'," kata Parry.

Mengimbau kembali, beliau berkata, Setiausaha Negara AS, John Kerry mengulangi dakwaan yang merosakkan imej Rusia hanya tiga hari selepas nahas itu berlaku, manakala komuniti perisik AS mengeluarkan 'penilaian kerajaan' yang mencadangkan Rusia adalah dalang dua hari selepas itu.

"Bagaimanapun, selepas itu, 'ketika penganalisa mempunyai peluang untuk memulakan siasatan bukti secara serius, apa kita semua dapat ialah sunyi sepi," tambah Parry.

Semalam merupakan ulang tahun pertama 'penilaian kerajaan' AS dikeluarkan. Bagaimanapun, sejak itu 'tiada kemas kini dilakukan', kata Parry.

"Malah, apabila saya bercakap dengan Pengarah Risikan Kebangsaan AS pada 17 Julai, setahun selepas nahas MH17, beliau masih merujuk kepada saya laporan keputusan 'tergesa-geasa'," jelas beliau.

Possibly Related Threads...
Pokok Jadi Simbol Peringati Mangsa Mh17
Waris Mh17 Diberi Taklimat Pagi Ini
Tragedi Mh17: Lagi Gambar Senjata Buk 332 Didedahkan
Pokok Pertama Mengenang Tragedi Mh17 Ditanam
Suspek Tembak Mh17 Dijangka Diketahui 2018
Rusia Serah Data Radar Mh17 Kepada Belanda
Perbicaraan Tragedi Mh17 Mungkin Di Australia
Tragedi Mh17: 100 Suspek Dikenal Pasti
Tragedi Mh17: Misil Buk Dibawa Dari Russia
Keputusan Awal Siasatan Jenayah Nahas Pesawat Mh17 Bulan Depan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 523
Tahap Kerahsiaan Siasatan Mh17 Luar Biasa
sukawg
97158
Forum Jump: