Tahfiz Dibakar: Dato Vida Cadang Bawa Mangsa Tunai Umrah

Offline
09-22-2017, 12:13 AM,
#1
DSV cadang bawa mangsa kebakaran tunai umrah


resim
DATUK Seri Vida diberi penerangan oleh Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmood ketika melawat pusat tahfiz itu di Kuala Lumpur, malam ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengasas syarikat produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman, berhasrat untuk membawa 18 pelajar yang terbabit dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini, untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, berkata keputusan itu dibuat selepas menerima cadangan netizen apabila ditanya langkah yang perlu beliau ambil bagi menghilangkan kemurungan semua pelajar berkenaan.

"Saya ingin mengambil mereka sebagai anak angkat saya dan membawa mereka semua ke rumah saya di Ipoh, Perak selama sebulan untuk menghilangkan trauma dan menenangkan mereka selepas terbabit dalam kebakaran.

"Hanya mereka yang pernah terbabit dalam kejadian ini yang memahami dan saya sendiri pernah kehilangan anak saya yang terkorban dalam kebakaran dulu," katanya pada pemberita selepas melawat pusat tahfiz itu di sini malam ini bersempena sambutan Awal Muharam 1439H. - BHarian


====

Mahu jadikan anak angkat

resim

“SAYA akan jadikan anak-anak tahfiz yang terselamat dalam tragedi ini sebagai anak angkat saya dan bawa mereka pergi bercuti untuk hilangkan tekanan dan trauma yang dialami mereka.”


Demikian luahan jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida ketika ditemui melawat Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, hari ini.

Katanya, dia akan berbincang dengan pihak tahfiz dan mengaturkan masa untuk mengambil pelajar yang terselamat dalam kejadian kebakaran pusat tahfiz itu untuk ke rumahnya sebelum membawa mereka keluar bercuti.

"Saya mahu hilangkan trauma dan tekanan yang dialami semua 18 anak-anak tahfiz ini dengan membawa mereka ke rumah saya dan menjadikan mereka sebagai anak angkat saya.

"Keduanya, saya akan membawa mereka bercuti dan mengadakan beberapa aktiviti yang boleh melupakan tekanan mereka seperti mana saya pernah lalui dahulu," katanya yang kini popular dengan lagu I Am Me.

Menurutnya, bagaimanapun dia masih belum memutuskan lokasi percutian yang akan dibawa namun satu cadangan yang beliau ingin lakukan adalah membawa pelajar tahfiz itu menjalankan ibadah umrah dalam masa terdekat.

Vida berkata, usaha itu sebagai satu daripada saham akhirat yang ingin beliau lakukan sempena tahun baru Maal Hijrah.

Pada 14 September lalu, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terbakar sehingga mengorbankan 21 pelajar dan dua warden dalam kejadian yang berlaku 5.15 pagi. - Metro

Possibly Related Threads...
Pemenang Hadiah Nobel Jadi Mangsa Troll Pakai Seluar Jeans Ketat
Jenazah Syzlin, Mangsa Keldai Dadah Di Peru Selamat Tiba
Presiden Putin Ketawa Menterinya Cadang Eksport Babi Ke Indonesia
Bakar Tahfiz: Pengetua Sedih Dituduh Cuba Gelapkan Wang
Bakar Tahfiz: Hak Seorang Suspek Kanak-kanak
Bakar Tahfiz: Keselamatan Bangunan Baru Dipersoal
Bakar Tahfiz: Pengetua Bersyukur Suspek Didakwa Esok
Cikgu Jadi Mangsa Dipaksa Masuk Skim Piramid
Mangsa Banjir Tak Puas Hati Lauk Ikan Sardin Dengan Tauge
Tahfiz Dibakar: Ibu Kehilangan 3 Anak Redha, Enggan Saman



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 79
Tahfiz Dibakar: Dato Vida Cadang Bawa Mangsa Tunai Umrah
sukawg
112641
Forum Jump: