Taiwan Batalkan 200,000 Pasport Baru Lepas Tersalah Cetak

Offline
12-28-2017, 11:33 PM,
#1
resim
TAIWAN terpaksa membatalkan 200,000 pasport baharu apabila imej sebuah lapangan terbang di Washington dicetak sebagai lapangan terbang utama negara kepulauan itu.

resim
resim
Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, Washington

TAIPEI: Taiwan terpaksa membatalkan 200,000 pasport baharu apabila imej sebuah lapangan terbang di Washington dicetak sebagai lapangan terbang utama negara kepulauan itu.

Kementerian Luar berhenti mengagihkan 200,000 pasport baharu yang dicetak, berharga Tw$80 juta (RM10.97 juta) dan memanggil semula 285 keping yang sudah diedarkan.

Pasport biometrik generasi baharu dikeluarkan Isnin lalu bersama gambar Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, Washington pada bahagian dalam dan bukannya Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan.

Susulan kesilapan itu, Ketua Pengarah Biro Hal Ehwal Konsular, Agnes Chen dan pembantunya, Kung Chung-chen hilang jawatan berikutan gagal `memenuhi tugas kawal selia'.

Orang ramai turut membuat jenaka berikutan kesilapan itu, malah menggelar Taiwan sebagai 'negeri ke-51' di Amerika Syarikat (AS).

Ejekan itu menggambarkan situasi rapuh politik Taiwan, yang dituntut China sebagai sebahagian wilayahnya.

Pengkritik dalam talian membuat jenaka, undian perlu dibuat jika Taiwan seharusnya menjadi sebahagian AS.

"Terlalu terdesak untuk menjadi sebahagian AS. Mari adakan pungutan suara," tulis seorang pengguna di laman web media tempatan, Apple's Daily. - AFP/BHarian

Possibly Related Threads...
4 Beradik Lari Lepas Merajuk Kena Marah Selamat Ditemui
Pasport Malaysia Ke-6 Paling Berkuasa Di Dunia
Lelaki Rayu Isteri Cantik Dikembalikan Lepas Dilarikan Pekerja Sendiri
Syarikat Kurier Punca 570 Restoran Kfc Ditutup Lepas Gagal Hantar Ayam
Kpdnkk Mohon Maaf Iklan Tahun Baru Cina Tersalah Haiwan
Penduduk Pecahkan Kubur Lepas Dengar Jeritan, Temui Kesan Mayat Cuba Keluar
Bayi Ditahan Selama 5 Bulan Dibebas Lepas Ibu Bayar Bil Hospital
Masjid Baru 2 Minggu Dibuka, 53 Kepala Paip Dicuri
Lelaki Thai Bunuh Diri Lepas Tiket Loteri Menang Rm5 Juta Hilang
Bahasa Baru Ditemui Di Kelantan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 70
Taiwan Batalkan 200,000 Pasport Baru Lepas Tersalah Cetak
sukawg
114771
Forum Jump: