Taj Mahal Milik Islam Bukan Hindu, Kata Mahkamah India

Offline
09-02-2017, 05:08 PM,
#1




resim

NEW DELHI – Setelah berbalah pendapat dan kontroversi yang berpanjangan, sebuah mahkamah di India mengukuhkan ketetapan bahawa Taj Mahal adalah makam Muslim, bukan kuil Hindu.


Keputusan itu diambil setelah tuntutan yang diajukan oleh enam peguam beragama Hindu yang mendakwa salah satu keajaiban dunia itu konon sebuah kuil Hindu bernama Tejo Mahalaya didedikasikan untuk Dewa Shiva.

Kumpulan peguam itu menilai bahawa penganut Hindu seharusnya diizinkan untuk beribadah di Taj Mahal, kerana sehingga kini hanya umat Islam yang diizinkan bebas melakukan solat di bangunan yang terletak di kota Agra itu.

Dalam proses penetapan keputusannya, pihak panel mahkamah itu telah mengumpulkan bukti dan keterangan daripada pelbagai sumber arkeologi rasmi yang diiktiraf pihak pemerintah India dan sejarawan antarabangsa.

“Pernyataan bertulis kita sangat jelas dan membantah dakwaan yang dikemukakan oleh peguam itu. Kami meminta supaya mahkamah menolak usul mereka,” kata Dr. Bhujan Vikrama, salah satu anggota majlis arkeologi tempatan.

Bukan sekali ini muncul dakwaan konon Taj Mahal adalah kuil diperuntukkan untuk umat Hindu. Pernah beberapa kelompok Hindu nasionalis, malah ekstremis sehingga pihak anti-Islam yang menolak kebenaran fakta sejarah.

Kebanyakan pencetus teori itu tidak senang bahawa bangunan kemegahan India itu adalah peninggalan kebudayaan Muslim. Mereka menuduh raja Mughal menghancurkan banyak kuil Hindu atau mengubahnya menjadi masjid.

Justeru timbul dakwaan konon Taj Mahal juga adalah salah satu bekas kuil Hindu yang ditukar fungsinya. Taj Mahal adalah salah satu lokasi pelancongan paling popular di India dan dikunjungi hingga lapan juta orang setiap tahun.

Ia dibangunkan kaisar Mughal, Shah Jahan, yang memerintah dari tahun 1628 hingga 1658 sebagai makam untuk isteri tersayangnya, Mumtaz Mahal. Kisah cinta suci baginda malahan diperakui ramai sejarawan dunia sendiri.

Sejak 1983, Taj Mahal diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan kemudian pada 7 Julai 2007 ia menjadi antara tujuh pemenang dalam inisiatif 7 Keajaiban Dunia Baharu. - MNH

Possibly Related Threads...
Telefon Milik Hitler Dilelong, Dijangka Dibida Rm1.3 Juta
'Keranda' Hitam Didakwa Milik Makhluk Asing Dalam Piramid
Sebatang Gigi Didakwa Milik Mamalia Purba Ditemui
Jack Sparrow Adalah Seorang Islam
Kapal Selam Risikan Surcouf Milik Tentera Laut Perancis Aneh Dan Unik
Sami Aghori Puak Paling Digeruni Di India
2 Peninju Paling Hebat Dlm Sejarah Dunia Menerima Islam Sebagai Agamanya
Muzium Kesenian Islam Doha,qatar.
Masjid Bandar Sda Kota Kinabalu Kebanggaan Umat Islam Di Sabah Sejak Tahun 1974.
Delegasi Diraja Melayu Melawat India Sekitar Abad Ke 19.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 140
Taj Mahal Milik Islam Bukan Hindu, Kata Mahkamah India
sukawg
112304
Forum Jump: