Tak Sangka Video Viral Dihanyut Banjir Rupanya Anak Sendiri

Offline
06-19-2017, 06:49 AM,
#1




resim

HULU LANGAT 18 Jun – Seorang bapa tidak menyangka video tular seorang lelaki hanyut bersama motosikal di sini semalam merupakan anak ketiganya yang juga orang kurang upaya (OKU).



Alias Sagi, 51, berkata dia hanya menyedari lelaki itu adalah anaknya, Taufik, 23, apabila seorang lagi anaknya menunjukkan topi keledar dipakai dalam video tersebut menyerupai miliknya pada pukul 1 pagi ini.

“Saya tahu mengenai video berkenaan sebaik sahaja ia tular, namun saya tidak mengesyaki bahawa itu adalah Taufik.

“Namun setelah dia tidak pulang sehingga pukul 12 malam, hati saya sudah tidak keruan dan apabila abang (anak) mengatakan itu adalah Taufik, saya terus bergegas membuat laporan polis,” katanya sebak ketika ditemui di kediamannya di Kampung Dusun Nanding, di sini hari ini.

Menurut Alias, Taufik yang mengalami gangguan mental selepas kemalangan beberapa tahun lalu keluar rumah kira-kira pukul 10 pagi semalam untuk ke kebun mereka di Sungai Lui, dekat sini.

“Saya menemui lelaki yang cuba menyelamatkannya yang dikenali sebagai Wan dan dia beri*tahu Taufik mahu melepaskan motosikal Honda Wave milik abangnya namun dia seperti tersangkut.

“Kami sekeluarga berharap dia dapat ditemui dalam keadaan apa sekalipun, kami reda,” ujarnya.

Semalam, rakaman video seorang lelaki cuba menyelamatkan motosikalnya yang terjatuh ke dalam sungai selepas hujan lebat di kawasan Batu 14, Hulu Langat, turut hanyut dibawa arus deras tular di media sosial.

Sementara itu, Komander Operasi, Penguasa Bomba Mohd. Shafiq Ramli berkata, pihaknya kini melanjutkan kawasan pencarian sehingga Bangi.

“Pencarian dijalankan di sepanjang Sungai Hulu Langat, Sungai Tekali, Sungai Semungkis sehingga ke Jalan Kuari yang lebih kurang 10 kilometer.

“Usaha mencari dan menyelamat mangsa turut dibantu oleh Pasukan Khas dari Shah Alam, Pelabuhan Klang, Unit K9 dan penyelam,” katanya. - Utusan

Possibly Related Threads...
Anak Dakwa Bapa Bukan Terbabas, Tapi Mati Dilanggar Lari
Bapa Cucuh Rokok Kerana Wajah Anak Mirip Jandanya
Hebat! Polis Dirakam Tembak Penjenayah Sambil Dukung Anak
Anak Husam Musa Didakwa Hari Ini Tuduhan Miliki 20 Gram Meth
Bapa Bunuh 3 Anak Sebelum Gantung Diri Di Sungai Petani
Wedding Planner Viral Menipu Didakwa Hari Ini
Lelaki Ditahan Miliki 200 Pil Kuda Sah Anak Husam Musa
Anak Pemimpin Tertinggi Pan Ditahan Miliki Pil Kuda
Budak Mati Lemas Ketika Mandi Di Kawasan Banjir Di Kedah
Gadis Universiti Tikam Bayi Dengan Gunting Malu Lahirkan Anak Luar Nikah



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 136
Tak Sangka Video Viral Dihanyut Banjir Rupanya Anak Sendiri
sukawg
110960
Forum Jump: