Takde Mood Nak Bercakap Dengan Sesiapa?

Offline
01-20-2014, 10:49 AM,
#1
resim



Kekadang dalam hidup kita ada kalanya kita mempunyai perasaan "bad mood" . Bila perasaan sebegini hadir sesetengah dari kita akan cuba mengelak untuk bercakap dengan orang di sekelilingnya. Bukan dalam erti kata sombong tapi waktu tersebut sememangnya "mood" kita tak berapa baik. Bagaimana anda hendak mengelak, ikuti rahsianya.









Pastikan anda berada di tempat yang sesuai untuk bersendirian

Jika anda seorang yang prihatin terhadap apa yang di perkatakan oleh orang di sekeliling anda, cuba elakkan dari berada di tempat orang ramai terutamanya dari teman-teman anda. Berkemungkinan mereka ada berkata sesuatu tentang anda dengan rakan-rakan lain.



Berdiri di tempat anda
Jika anda perlu menghadiri sesuatu majlis pastikan anda berdiri tetap pada kedudukan anda sekarang. Yang penting cuba pastikan tiada sebarang gangguan atau teguran dari sesiapa di sekeliling anda. Jika berlaku ini boleh menyebabkan teknik untuk anda bersendirian gagal.




Cuba jangan bercakap dengan sesiapa
Tetapkan pendirian supaya jangan bercakap dengan sesiapa walaupun dengan teman anda. Secara tidak langsung rakan anda akan faham yang anda tidak mahu di ganggu waktu tersebut.




Cuba jadikan wajah anda "bad mood"
Anda perlu praktis di depan cermin untuk mewujudkan wajah "bad mood". Pastikan teknik ini berjaya untuk mempengaruhi orang di sekeliling anda yang anda sememangnya tidak mahu di ganggu dan juga berjaya membuatkan orang di sekeliling anda tiada niat untuk bercakap dengan anda.




Jangan senyum atau ketawa
Pastikan anda sememangnya "bad mood" ketika itu dengan tidak membuat sebarang senyuman mahupun ketawa. Jika anda senyum mahupun ketawa, orang di sekeliling anda akan menganggap yang anda sengaja membuat wajah yang tidak menyenangkan untuk mengelak dari bercakap dengan mereka.



Pastikan wajah "bad mood" anda tidak terjejas sehingga orang di sekeliling anda sudah tiada.




Video Hiasan





Possibly Related Threads...
Apa Hukum Mandi Junub Dengan Isteri?
~~cara-cara Nak Mandi Wajib Dengan Betul!!!~~



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 817
Takde Mood Nak Bercakap Dengan Sesiapa?
Reez Ramsey
81035
Forum Jump: