Taktik "persatuan Melayu Kristian Singapura" Aktif Di Johor Dibongkar

Offline
04-18-2014, 10:15 PM,
#1
semoga dengan pendedahan ini dapat menyelamatkan anak2 dan saudara kita yang terdekat daripada terjebak dengan anasir2 agama sesat ni....

amin...


======

SEBUAH pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Johor hari ini mendedahkan bagaimana Persatuan Melayu Kristian Singapura bergerak aktif menyebarkan agama itu dikalangan golongan muda di negeri ini terutamanya dikalangan anak-anak muda Melayu.

Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) Abdul Rahman Mahadi yang membuat dakwaan itu kepada MalaysiaGazette di dalam satu pertemuan di Johor Bahru berkata, aktiviti persatuan daripada negara jiran itu sebenarnya telah lama berlaku.

"Apa yang lebih malang adalah, agensi yang bertanggungjawab untuk memantau aktiviti itu mengetahuinya tetapi mereka tidak berdaya untuk membanterasnya disebabkan pelbagai kekangan atau kekurangan bukti," kata beliau.

Menurutnya, persatuan itu yang rata-ratanya dianggotai oleh mereka yang berbangsa Melayu tetapi merupakan penganut agama Kristian bebas bergerak di Johor berikutan persamaan daripada paras rupa, bahasa dengan majoriti rakyat Johor iaitu orang-orang Melayu.

"Johor kini menjadi tumpuan mereka kerana mudah untuk mereka berulang alik tanpa meninggalkan sebarang kemusykilan dikalangan masyarakat tempatan," katanya.

Abdul Rahman mendakwa usaha penyebaran agama Kristian dikalangan anggota persatuan negara jiran itu tidak melibatkan sebarang pertemuan di dalam gereja, dewan tertutup atau sebagainya.

Ia dilakukan ditempat-tempat terbuka dan secara halus bagi mengaburi perhatian orang sekelilling, katanya.

Diantara lokasi tumpuan mereka katanya, adalah taman-taman rekreasi di mana anggota persatuan itu akan mengedarkan botol-botol air mineral yang sebenarnya mengandungi "holy water" kepada pengunjung taman rekreasi terbabit.

"Mereka kemudiannya akan mensasarkan individu tertentu yang pada pandangan mereka boleh didekati untuk memulakan perbualan tanpa menyentuh tentang agama Kristian. Ia akan berlanjutan selama beberapa ketika sehinggalah mereka berpuashati untuk memulakan usaha penyebaran," katanya.

Satu lagi cara yang digunakan oleh anggota persatuan itu menurut Abdul Rahman adalah mendekati lepasan institusi pengajian tempatan yang masih gagal mencari pekerjaan dan menawarkan pekerjaan bergaji lumayan di republik itu.

Anak-anak muda ini katanya, akan dibawa ke Singapura kononya diatas dasar bekerja dengan firma direpublik itu dengan gaji yang amat lumayan bagi mereka, tetapi sebenarnya akan diberikan pendedahan mendalam tentang agama Kristian.

resim

"Ada juga diantara anak-anak muda ini dikahwinkan dengan penganut agama Kristian bagi memperkukuhkan lagi ikatan agama baru mereka itu, " kata beliau.

Aktiviti licik anggota persatuan ini sukar dihidu dan dibiayai oleh dana yang besar, selain dilaksanakan oleh mereka yang amat komited di dalam usaha penyebaran agama Kristian di kalangan anak-anak muda Melayu di Johor.- malaysiagazette

Possibly Related Threads...
Kerana Salah Faham, Ramai Melayu Mahu Jadi Arab
10 Amalan Sonsang Yang Subur Dalam Masyarakat Melayu Malaysia.
Mendedahkan Video Pelancaran Markas Syiah Melayu Di Klang
60 Ajaran Sesat Yang Aktif Di Laman Facebook
TERKINI Gereja KL dan PJ ada agenda Kristanisasi terhadap melayu
jangan murtad org melayu d terengganu !!!
mungkin ada gerakan murtad di johor
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 2130
Taktik "persatuan Melayu Kristian Singapura" Aktif Di Johor Dibongkar
astrowan
84181
Forum Jump: