Taliban Dakwa Tembak Pesawat C-130

Offline
10-02-2015, 02:35 PM,
#1
resim

JALALABAD, Afghanistan: Puak Taliban hari ini mendakwa menembak jatuh pesawat pengangkut C-130 di timur Afghanistan dengan NATO mengesahkan 11 orang termasuk enam askar Amerika Syarikat terbunuh dalam kejadian itu. 

NATO tidak mengesahkan punca pesawat berkenaan terhempas tetapi ia berlaku ketika tentera Afghanistan yang dibantu pasukan khas NATO dan sokongan udara AS, mara hingga ke tengah bandar Kunduz yang ditawan Taliban Isnin lalu. 

"Mujahidin kami menembak jatuh pesawat empat enjin AS di Jalalabad," kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid menerusi Twitter. 

"Berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai, 15 pasukan penceroboh dan sebilangan tentera boneka terbunuh." 

Taliban terkenal membuat dakwaan secara melampau mengenai kejayaan di medan perang dan NATO pula belum menyatakan butiran insiden itu. - AFP/BH

Possibly Related Threads...
Pesawat Terhempas Dalam Sungai Tiada Kebenaran Terbang, Kata Polis
Pilot Maut Pesawat Ringan Terhempas Dalam Sungai Di Tangkak
Gadis Dakwa Dilarikan Lelaki Indon Ditemui Hanya Tinggal Rangka
Lelaki Mental Buat 91 Repot Polis Dakwa Jandanya Sudah Mati
10 Penuntut Ipt Dakwa Kena Hisap Ganja Dulu Baru Senang Faham Ulangkaji Pelajaran
Penumpang Dakwa Ditumbuk Lepas Tegur Pamandu Bas Tertidur
Tembak Polis Bukit Aman: Saksi Direman Seminggu, 2 Lelaki Diburu
Polis Bukit Aman Ditemui Maut Tembak Kepala Sendiri
Polis Filipina Tembak Mati Datuk Bandar Jual Dadah
Murid Dakwa Ditendang Cikgu Sebenarnya Jatuh Sendiri



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 353
Taliban Dakwa Tembak Pesawat C-130
sukawg
98663
Forum Jump: