Tandas Mungkin Antara Sebab Speaker Mahu Letak Jawatan, Kata Bnbbc

Offline
05-19-2015, 09:29 PM,
#1
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad (gambar, kanan) mengatakan kekurangan kelengkapan tandas mungkin menjadi sebab antara faktor Tan Sri Pandikar Amin Mulia ingin meletakkan jawatan pada awalnya.

"Ia mungkin kemuncaknya. Bagaimana kita boleh tidak menghormati atau mengambil kira suara speaker. Ia paling penting," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pengakuan Pandikar ingin meletakkan jawatan.

Menurut ahli Parlimen Johor Baru itu, tandas di pejabat speaker akhirnya sudah diperbaiki .

Pejabat Pandikar yang dahulunya di terletak di bangunan lama Parlimen dipindahkan kerana kerja-kerja pembinaan.

Bagaimanapun, Shahrir berkata, selain masalah tandas, Pandikar juga berdepan isu lain seperti berhubung Dewan Negara dan menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang mengikut protokol, lebih tinggi kedudukannya dari Speaker Dewan Rakyat.

"Bukan semata-mata sebab Shahidan. Ia juga tentang Dewan Negara. Kita ada Dewan Negara, Dewan Rakyat, jabatan Parlimen, menteri yang menjaga Parlimen - ia gabungan semua perkara ini," katanya.

Pandikar mengakui menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai speaker Dewan Rakyat namun enggan diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, satu pertemuan bersama Najib diadakan di bangunan Parlimen pada 19 Mac lalu dan Najib bersetuju menerima saranannya bagi menambah baik perjalanan Parlimen.

Pandikar berkata, antara pembaharuan Parlimen yang dikehendakinya ialah mempunyai ketua pentadbir baru yang boleh bekerjasama dengan speaker.

Katanya, bagi menghilangkan persepsi rakyat yang Parlimen dan speaker bertugas atas arahan kerajaan, jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen perlu ditiadakan. – 19 Mei, 2015.

Possibly Related Threads...
'jangan Biar Umno Pilih Pm', Kata Hadi
Pandikar Akhirnya Mengaku Letak Jawatan Sebelum Ini
Pas Marah Dap Tolak Hudud Sebab Ia Kehendak Allah, Kata Hadi
Anwar, Nik Aziz Setuju Kerajaan Perpaduan Tetapi Ditolak Bn, Kata Hadi
Husam Putus Pertahan Jawatan Naib Presiden
‘batu Api’ Punca Dr Mahathir, Najib Terus Berperang, Kata Ketua Umno Cheras
Pandikar Sudah Letak Jawatan Speaker, Kata Dr Mahathir
Dr Mahathir Bertahan 22 Tahun Kerana Syarat Pemilihan Umno, Kata Najib
Saya Sedia Berdebat Dengan Najib, Kata Dr Mahathir
Tun Razak Tubuh Umno, Najib Tanam Umno, Kata Dr Mahathir



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 700
Tandas Mungkin Antara Sebab Speaker Mahu Letak Jawatan, Kata Bnbbc
ringgit maker
95786
Forum Jump: