Tapak Bandar Empayar Rom Berusia 1,700 Tahun Ditemui Di Dasar Laut

Online
12-07-2017, 04:11 PM,
#1
resim
BUSIELLO menemui lantai berjubin yang masih terpelihara dengan baik.

resim
SEBUAH patung manusia berdiri dengan teguh di dasar laut.

resim

ROM – Sebuah tapak bandar empayar Rom yang pernah menjadi sebuah pusat resort untuk golongan kaya ditemui terbenam di dasar laut di sini.

Gambar bandar Baiae yang dipercayai hilang selama 1,700 tahun di sebuah pantai di barat Itali didedahkan oleh sekumpulan penyelam yang menemuinya.

Pihak berkuasa di sini dikatakan membenarkan pasukan penyelam menerokai kawasan berkenaan yang meliputi khazanah termasuk patung purba, beberapa rumah mewah, lantai berjubin dan banyak lagi.

Seorang penyelam, Antonio Busiello, 45, berkata, dia menemui beberapa jalan raya, dinding, vila, dan gereja yang masih berdiri dengan kukuh walaupun diselaputi dengan lumut.

“Aktiviti menyelam di sini seolah-olah menyelam ke dalam dunia penuh bersejarah apabila menemui kota purba Roman di dasar laut. Ia satu pengalaman indah yang sukar digambarkan,” katanya.

Empayar itu terbenam gara-gara letusan Gunung Vesuvius pada tahun 79 Sebelum Masihi sekali gus turut memusnahkan bandar Pompeii dan Herculaneum.

Satu dokumentari yang disiarkan pada awal tahun ini bertajuk Rome’s Sunken Secrets diikuti dengan satu siri selaman diketuai oleh arkeologi dasar laut, Dr. Barbara Davidde selain turut melibatkan beberapa ahli sejarah dan saintis dari seluruh dunia. – Agensi/Kosmo

Possibly Related Threads...
Wanita Ditemui Mati Separuh Bogel
3 Remaja Sesat Di Bukit Tabur Ditemui
Tumor 3kg Tumbuh Dalam Badan Selama 65 Tahun Berjaya Dikeluarkan
Demi Sesuap Nasi, Lelaki Berenang Di Laut Untuk Jual Aiskrim
Cerobong Asap Berdiri 50 Tahun, Roboh Kurang 10 Saat
5 Tahun Tak Tukar Sarung Bantal, Kelopak Mata Bernanah Ada Banyak Kutu
Gajah Dipakaikan Kolar Ditemui Sudah Reput Dipercayai Ditembak Di Sabah
Gara-gara Salah Kira, Penduduk Pekan Kempunan Mahu Sambut Ulang Tahun Ke 150
Mesir Umum Penemuan Mumia 3,500 Tahun Yang Belum Pernah Disentuh
Rakyat Terengganu Dapat Air Percuma Mulai Tahun Depan



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 44
Tapak Bandar Empayar Rom Berusia 1,700 Tahun Ditemui Di Dasar Laut
sukawg
114158
Forum Jump: