Tapak Kaki Manusia Tertua Di Amerika Utara

Offline
03-29-2018, 04:22 PM,
#1
Bekas tapak kaki manusia berusia lebih 13,000 tahun ditemui di sebuah pulau di luar pantai barat Kanada, sekali gus menjadi penemuan yang tertua di Amerika Utara, menurut satu kajian yang diterbitkan semalam.

resim

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE, tapak kaki berkenaan berkemungkinan milik dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak yang berjalan di atas tanah liat yang kini adalah pantai di Pulau Calvert di timur laut Pulau Vancouver.

Penulis utama dan profesor antropologi di Institut Hakai dan Universiti Victoria, Duncan McLaren berkata, sejumlah 29 bekas tapak kaki ditemui ketika kerja penggalian bermula sejak 2014 hingga 2016.

Kajian itu menunjukkan bahawa manusia wujud di pantai Pasifik di British Columbia kira-kira 13,000 tahun lalu dan ketika itu kawasan berkenaan bebas daripada ais.

Penemuan itu menguatkan lagi hipotesis bahawa manusia pertama tiba di Amerika Utara selepas berhijrah dari Asia melalui laluan bebas ais di sepanjang pantai dan akhirnya tiba di tempat yang kini dikenali British Columbia. - AFP.

Possibly Related Threads...
Dapat Mimpi Pelik Sebelum Jumpa Tapak Purba Majapahit
Violet, Manusia Tertua 117 Tahun Meninggal Dunia
Saintis Jumpa Gigi Manusia Berusia 2.8 Juta Tahun
Wajah Manusia Berusia 5,500 Tahun Dihasilkan Artis Forensik
Tugu Negara Menyerupai Tugu Di Amerika Syarikat?
Enam(6) Kesilapan Termahal Dalam Sejarah Manusia.
Ujian Senjata Nuklear, Oleh Tentera Amerika Syarikat Pada 1946 (16 gambar Gif)
100 Manusia Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah.
[sejarah] Plag Hitam; Pandemik Yang Paling Teruk Dalam Sejarah Manusia. Astagfirullah
Pembentukan Amerika Syarikat - Grafik Bergerak ^^



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 33
Tapak Kaki Manusia Tertua Di Amerika Utara
NorCun
116346
Forum Jump: