Teksi Uber Diharamkan Di Rio De Janeiro

Online
10-02-2015, 03:25 PM,
#1
resim

RIO DE JANEIRO – Perkhidmatan teksi alternatif, Uber diharamkan di Rio selepas Datuk Bandar, Eduardo Paes meluluskan undang-undang baharu, semalam.
 
Menurut CNN Money, undang-undang tersebut menyatakan perkhidmatan teksi tidak rasmi, termasuk Uber akan didenda jika ditangkap.
 
Beberapa bandar di Brazil yang lain termasuk Sao Paulo juga bakal menguatkuasakan undang-undang sama.
 
Kerajaan negeri juga bakal menyediakan sebuah applikasi percuma kepada pengguna teksi awam yang membolehkan pengguna mengemukakan aduan terhadap perkhidmatan sedia ada.
 
Pengharaman Uber di Brazil bagaikan satu pukulan terhadap perkhidmatan tersebut yang kini berdepan masalah dengan pihak berkuasa di beberapa negara lain, termasuk Malaysia.
 
Pemandu teksi-teksi awam di negara-negara tersebut kecewa kerana perkhidmatan alternatif mengganggu punca rezeki mereka.
 
Sesetengah pihak pula menuduh Uber beroperasi tanpa lesen yang sah. – Sinar

Possibly Related Threads...
Tertinggal Iphone Dalam Kereta, Penumpang Uber Kena Pau Rm300 Untuk Pulang Semula
Permainan Kejutan Elektrik Menular Di Pasaran, Gesa Diharamkan
Bekas Menteri Sabah Acu Pistol Pada Pemandu Uber
Pemandu Teksi Ditahan Caj Rm950 Untuk Perjalanan 10km
Cerai Talak Tiga 
diharamkan Di India
Viral Kisah Pemandu Uber Ambil Penumpang Dari Kubur
Viral Pemandu Uber Dipukul Lepas Disyaki Cabul Amoi Vietnam
Wanita Bersalin Dalam Uber Di Sabah, Bayi Bagaimanapun Meninggal
Peniaga Tercicir Lukisan 
bernilai Rm7 Juta Dalam Teksi
Suami Jadi Penumpang Uber Bukan Lakonan, Isteri Dedah Cerita Sebenar



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 479
Teksi Uber Diharamkan Di Rio De Janeiro
sukawg
98671
Forum Jump: