Telefon Bimbit Masih Berfungsi Objek Terakhir Dijumpai

Offline
07-23-2015, 08:06 AM,
#1
GRABOVE 22 Julai – Sebuah telefon bimbit yang masih berfungsi merupakan objek terakhir yang dijumpai pada bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada April lepas.


Menurut laporan NBC, Datuk Bandar Grabove, Vladimir Berezhnoy mendedahkan, telefon bimbit itu merupakan milik seorang daripada 298 orang penumpang yang terkorban selepas pesawat itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu.

Berezhnoy merupakan antara induvidu yang membantu pasukan penyiasat dan pemberontak pro-Rusia yang mengawal kawasan nahas untuk mengumpulkan barangan peribadi mangsa pesawat MH17.

“Saya berasa cemas apabila kami menjumpai telefon bimbit itu kerana peralatan tersebut masih berfungsi seperti biasa, namun terpadam selepas beberapa saat kerana ketiadaan bateri. Kami pelik bagaimana alat berkenaan masih boleh digunakan walaupun tersorok di bawah timbunan salji untuk sekian lama.

“Bayangkan apakah perasaan anda apabila menerima pesanan ringkas daripada telefon bimbit seseorang yang telah mati lebih setahun. Saya tidak mahu sesiapa melalui saat itu,” katanya.

Kebanyakan bara­ngan peribadi mangsa yang dijumpai sebelum ini, disimpan di sebuah garaj di Grabove, tetapi telah dipindahkan ke lokasi lain bagi tujuan siasatan.

Selain daripada mengumpul barangan peribadi, Berezhnony juga diberi tanggungjawab membekalkan makanan kepada pihak tentera.

Sehingga hari ini, Barat masih lagi tidak bersetuju dengan teori Rusia berhubung kejadian tembak jatuh pesawat itu, sebaliknya yakin menyatakan pemberontak pro-Moscow mendalangi insiden tersebut.

Possibly Related Threads...
Serpihan Peluru Berpandu Dakwa Dijumpai Di Lokasi Nahas
Mh17: Najib Terima Panggilan Telefon Daripada Pm Belanda
Laporan Awal Pesawat Ditembak Beberapa Objek
Australia Percaya 80 Mayat Masih Di Lokasi Kejadian
Mayat Terakhir Dijangka Diterbangkan Ke Belanda Esok
Imam Jakim Tiba Di Amsterdam, Masih Belum Boleh Lakukan Apa-apa
Data Kotak Hitam Mh17 Masih Baik Walaupun Alami Kerosakan
277 Mayat Dijumpai, 251 Dipindah Ke Gerabak Sejukbeku
Saya Berasa Lemah Lutut Dan Bersyukur Kerana Masih Dipanjangkan Usia



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 540
Telefon Bimbit Masih Berfungsi Objek Terakhir Dijumpai
sukawg
97153
Forum Jump: