Telefon Pintar Kini Boleh Uji Kualiti Sperma Lelaki

Offline
03-24-2017, 10:10 AM,
#1
resim

MIAMI: Peranti baharu telefon pintar kini boleh menganalisis kualiti sperma lelaki.

Menurut penyelidik Amerika Syarikat, melaluinya golongan lelaki boleh mengetahui sama ada mereka berhadapan masalah kemandulan hanya dalam masa beberapa minit.

Masalah kemandulan menjejaskan lebih daripada 45 juta pasangan di seluruh dunia.

Lebih 40 peratus daripada masalah kesuburan adalah disebabkan oleh sperma berkualiti rendah.

Teknologi itu bertujuan memudahkan golongan lelaki untuk menguji sperma mereka di rumah.

"Kami mahu mencari jalan penyelesaian untuk membuat ujian kemandulan lelaki yang sederhana dan berpatutan," kata penulis bersama Hadi Shafiee, seorang doktor di bahagian kejuruteraan dalam bidang perubatan di Hospital Wanita Brigham.

"Selama ini lelaki perlu menyediakan sampel air mani di hospital. Situasi in menyebabkan mereka sering mengalami tekanan, rasa malu dan kekecewaan," katanya.

Bagaimanapun peranti ini tidak lagi tersedia untuk kegunaan orang ramai dan masih dalam peringkat prototaip.

Penyelidik merancang untuk melakukan ujian tambahan sebelum memfailkan untuk kelulusan unit Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA). AFP/MStar

Possibly Related Threads...
Rakyat Malaysia Belanja Rm6.8 Bilion Beli Telefon Pintar
Telefon Legend Nokia 3310 Bakal Dikeluarkan Semula
Lelaki Britain Dakwa Miliki Nokia 3310 Tertua Di Dunia
Nokia Perkenal Telefon Baru - Nokia 150
Pemilik Note 7 Boleh Dapat Bayaran Balik Atau Tukar Baru
Galaxy Note 7 Meletup Dalam Poket Seluar, Lelaki Saman Samsung
Telefon Anti Godam Bernilai Usd17,000 Untuk Orang-orang Kaya
Huawei Saman Samsung Isu Paten Telefon Pintar
Telefon Pintar Lama Tidak Lagi Boleh Guna Whatsapp
Syarikat India Lancar Telefon Pintar Termurah Dunia, Cuma Rm30



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 204
Telefon Pintar Kini Boleh Uji Kualiti Sperma Lelaki
sukawg
108970
Forum Jump: