Teori #mh370 Dari Sudut Mata Goodfellow

Offline
03-24-2014, 11:45 PM,
#1
resim

Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.

Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki.

Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran.

Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui ~ CeritaKosongku

... Itu apa pandangan orang luar yang punya kepakaran atau kebolehan sepertimana yang dimiliki oleh Kapten Zaharie, biarpun beliau seorang Kristian beliau tidak membuat spekulasi yang buruk mengenai Kapten Zahari..

Bukan seperti kita sesetengah rakyat Malaysia ni.. bila tahu saja Kapten Zaharie itu adalah Ahli PKR, apa yang dibuatnya semua dipandang negatif walaupun dunia menghargainya..

Jadi kesimpulannya.. nak mempolitikkan isu tu biarlah kena tempatnya..

Kita sepatutnya bangga kerana anak Melayu yang berugama Islam ini diiktiraf dunia akan kebolehannya bukannya menghina hanya kerana ideologi politik kita berbeza...

Aku menyiarkannya bukan kerana aku ahli PKR dan Kapten Zaharie juga ahli PKR.. tapi kerana isu ini kini berada dimata dunia.. jadi bersamalah kita memerhatikannya dari mata dunia..

sumber

Possibly Related Threads...
Ocean Infinity Sah Cari Semula Mh370
Laluan Mh370 Sama Seperti Dalam Simulator Kapten Zaharie, Kata Laporan Atsb
Jangan Kaitkan Pembunuhan Konsul Kehormat Malaysia Ke Madagascar Dengan Mh370
2 Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Seychelles
Mh370 Dipercayai Berkubur Di Utara Lokasi Pencarian
3 Tahun Mh370: Maira Terus Merindui Bapa
Hari Ini Genap 3 Tahun Kehilangan Mh370
Kenapa Tak Pintas Pesawat Mh370? Menteri Beri Alasan ' Rahsia'
Serpihan Dipercayai Mh370 Ditemui Di Pantai Afrika Selatan
Siri Dialog Mh370 Dengan Waris Dalam Masa Terdekat
Change is not always for the better. Change can make things worse.Beware of Greeks bearing gifts.Beware of politicians who make promises.
sapa2 daftar tak dapat pass...guna email yg sama hantaq send ke wangolds@wangolds.com harap maklum yer
41.Dalam penulisan ini pun saya sendiri di gelak oleh orang lain kerana mengkaji apa yg telah dikaji oleh profesor profesor universiti kita. “Wuyooo rajin nyaa nak menulis… / ek elee,, ko kaji laaa benda lain… / weii.. ko dapat duit ke tulis camni? / buang masa la bro… bukan boleh kaya ponnn…”
42.Biar saya jawab… lemahnya bangsa kita kerana kita tidak mahu atau tidak suka menulis. Jika kita menulis, sekurang kurangnya anak cucu kita ada bahan untuk dikaji dan dibaca.
43.Agar tidak hilang sejarah bangsa. U all tk nak baca, takpelah.. tapi untuk anak anak saya bila besar nanti… wahh ni kajian bapak kita dulu… nak baca hasil profesor universiti, grenti tak dapat baca.



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 27912
Teori #mh370 Dari Sudut Mata Goodfellow
astrowan
83292
Forum Jump: