Terjerut Atas Pokok Kelapa: Tali Disangkut Di Leher Makan Diri

Offline
06-18-2017, 08:25 AM,
#1
Tali disangkut di leher makan diri



resim
resim
resim
Tandan kelapa yang terjatuh

PENDANG - Bagaikan mati hidup semula, itulah pengalaman yang dirasai oleh Mohd Zulhisyam Zulkifli, 23, apabila berjaya diselamatkan ketika lehernya terjerut tali ketika memanjat pokok kelapa.

Zulhisyam berkata, ini adalah pengalaman yang sangat ngeri buat dirinya dan dia tidak akan pernah melupakan detik tersebut.

"Saya rasa macam diberi peluang kedua untuk hidup dan saya tidak akan lupakan pengalaman ngeri ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kokbah, Pendang semalam.

Katanya, ketika hari kejadian pada Khamis lalu, dia keluar dari rumah pada jam 9 pagi dan diminta rakannya untuk mengambil buah kelapa untuk meniaga di bazar Ramadan.

"Saya hanya fikir untuk dapat duit saja sebab selalu kalau saya panjat pokok nyoq (kelapa) orang akan upah saya RM20 hingga RM30," katanya.

Zulhisyam sememangnya sentiasa melakukan kerja kampung seperti memanjat pokok kelapa bagi menampung keperluan dirinya dan ibu memandangkan adik beradik lain bekerja luar.

"Itu kali pertama saya panjat pokok nyoq muda, sebelum ni saya selalu panjat pokok nyoq tua sahaja," katanya.

Menceritakan detik cemas berkenaan, Zulhisyam berkata dia memanjat pokok berkenaan seperti biasa dengan meletakkan tali di pinggang dan menyangkut di leher.

"Tak sangka pula teknik berkenaan memakan diri saya pada hari tersebut," katanya dengan nada kesal.

Katanya, setiba di pucuk pokok kelapa, dia mengikat hujung tali pada tandan buah kelapa dan menggunakan parang untuk mencantas tandan kelapa berkenaan.

"Tapi akibat tersalah teknik, apabila tandan nyoq tersebut nak jatuh dia tarik sekali dengan badan saya menyebabkan tali di berkenaan terjerut leher saya.

"Satu tandan ada lebih kurang 25 biji nyoq dan jumlah nyoq tu sudah cukup berat untuk tarik saya supaya jatuh bersama.

"Masa tu saya dah tak ingat apa dah hanya fikir mak dan nyawa saya ja. Saya rasa macam sesak nafas, sebak dan tak ingat apa dah, bila sedar saya dah ada di hospital.

"Mujurlah ALLAH bagi saya peluang untuk hidup lagi dan saya anggap ini adalah peluang bernilai buat saya," katanya. - Sinar

Possibly Related Threads...
Tahfiz Dibakar: Hos Jalan Jalan Cari Makan Mohon Maaf
Rakaman Lori Terbalik Lepas Protes Buang Tanah Atas Jalan
Viral Pemandu Bas Rapidkl Pandu Naik Atas Pembahagi Jalan
Gara-gara Merajuk, Isteri Duduk Atas Bonet Kereta Suami Yang Sedang Bergerak
Jemaah Haji Malaysia Bawa 1,300 Ubat, Perlu Makan 32 Biji Sehari
Durian Mahal, Biji Pun Boleh Makan Buat Kerepek
Restoran Nasi Kandar Buat Roti Canai Atas Penutup Tangki Kumbahan
Wanita Kurus Dari Melaka Kuat Makan, Perlu 40kg Beras Sebulan
Lelaki Dilahirkan Dengan Kaki Terangkat Ke Atas
Budak Lari Rumah 24 Hari Makan Ular Panggang Untuk Hidup



Users browsing this thread: 1 Guest(s)
Komen: 0 <<>> Dilihat: 90
Terjerut Atas Pokok Kelapa: Tali Disangkut Di Leher Makan Diri
sukawg
110943
Forum Jump: